Pemuda Bisu & Pekak Selamatkan Gadis Buta?

Cerita yang mengisahkan percintaan orang kurang upaya yang menyentuh hati diantara Iskandar (Adi) yang cacat pendengaran dan Dhia (Liyana) seorang gadis buta. Mereka bertemu ketika Iskandar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan jalan raya dan rasa cinta antara mereka lahir tanpa diduga.Hubungan mereka terjalin melalui orang tengah iaitu Ariel (Fizo Omar) apabila segala luahan Iskandar yang cacat pendengaran itu disampaikan kepada Ariel untuk Dhia. Namun dalam masa yang sama Ariel pula mempunyai perasaan terhadap wanita itu. Siapakah yang mampu memenangi cinta Dhia?Apa kesudahan hubungan cinta mereka, kena lah tonton Isyarat Cinta yang akan menemui penonton di seluruh negara bermula 19 Mac ini.

Malam tayangan amal ini dibuat untuk filem Isyarat Cinta adalah anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang diadakan di e@Curve, Cathay Cineplex, Damanasara, dan telah berjaya mengumpul RM100,000.

Tujuan kutipan amal ini adalah bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir khususnya Pantai Timur yang terjejas teruk akibat bencana yang berlaku tahun lalu. Tak ketinggalan juga bantuan akan disumbangkan kepada rumah tahfiz yang terpilih.

Antara yang turut sama menjayakan tayangan amal ini ialah MiG, TV3, Zeel Production, A.Aida Production,  Persatuan Karyawan Malaysia, Skop Production, dan ramai lagi. Selain daripada itu, turut sama menyumbang ialah selebriti popular Datuk Aznil Haji Nawawi, Amy Mastura dan Alveena Iris.

Jom, MiG Online nak share sikit dengan korang foto di sekitar majlis tayangan amal ‘Isyarat Cinta’ ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s