Punca Tasha Shilla dan Kekasihnya Hans, Batal Perkahwinan?

Semua peminat industri hiburan tanahair mesti tahu tentang perpisahan Tasha Shilla dengan kekasih hatinya Hans kan?Sebelum ni heboh tentang percintaan mereka bakal berakhir dengan ikatan perkahwinan tapi tiba-tiba MiG Online dengar mereka dah pun putus.

Sekarang ni kedua-dua belah pihak baik Tasha mahupun Hans, masing-masing tidak mahu mengulas lanjut tentang status hubungan mereka.

Dengar kata, hubungan Tasha dan peninju itu terputus disebabkan oleh orang ketiga. Dan orang ketiga yang dikaitkan dalam hubungan mereka ialah penyanyi, Kaka Azraff.

Sebelum ini, Tasha dan Kaka mempunyai hubungan yang sangat rapat. Lebih-lebih lagi, mereka pernah sama-sama terbang ke sebuah pulau peranginan terkenal di Indonesia untuk sesi fotografi pra-perkahwinan salah seorang rakan artis mereka.

Sekarang ni, Kaka turut dicop ‘perampas’ oleh kawan-kawan sekelilingnya sehingga dia telah dikeluarkan dari kumpulan ‘Whatsapp’ mereka yang terdiri daripada beberapa rakan-rakan artis lain (termasuk Tasha).

Kalau betul perkara yang MiG Online dengar ni, mungkin memang tak patut  Kaka merampas  teman lelaki kawan rapatnya, Tasha. Ye tak? Apapun, kita sama-sama nantikan jawapan daripada Kaka dan Tasha mengenai perkara ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s