Kemunculan Cerita Dalam Cerita?

“Cerita bermula apabila mereka menaiki kereta pada satu malam dan terlihat seorang lelaki berlumuran darah terbaring di atas jalan. Perasaan panik menyebabkan mereka memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cop jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu.
Mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan membuang mayat tersebut tetapi  ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam mereka jika polis menemuinya nanti. Fuad, Fadli dan Fendi meminta bantuan Mimie (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut selepas mereka diganggu roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi”.

Filem komedi seram kali ini menampilkan kelainan dari filem-filem MiG Pictures yang lain. Kenapa MiG Online kata lain? Sebab kali ini, kami bawakan throwback filem-filem yang popular dari MiG Pictures sendiri. Mesti korang rindu filem yang terdahulu kan.Untuk kali ni, kami akan menampilkan watak-watak dalam filem Mami Jarum, Longkai, Highland Tower, Adnan Sempit, dan banyak lagi.

Nak tau lebih kena lah tengok, hehe. MiG Online boleh confirm korang tak sabar nak tengok punya! Nantikan kemunculan “Hantu Bungkus Ikat Tepi” pada 9 April 2015 ni okay?

“Kita Tengok Siapa Yang Kena”….

Trailer “Hantu Bungkus Ikat Tepi” untuk korang, suka tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s