Che Ta Memilih Watak Yang Bersesuai Dengan Imej Barunya?

Seperti yang semua sedia maklum, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan Che Ta, sekarang ni sudah pun berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah Umrah bersama suami tercinta, baru -baru ini. Alhamdulillah, makin bertambah manis Che Ta sekarang.

Selain dari tu juga, Che Ta  menjelaskan keputusannya untuk menutup aurat tidak akan menghalangnya dari terus bergiat aktif dalam bidang hiburan terutamanya lakonan. Tambahnya lagi, dia tak rasa keputusannya untuk berhijab akan memperlahankan karier seninya kerana paling penting seseorang itu berusaha dan bertawakal terhadap rezeki yang ditentukan Allah.
“Insya-Allah saya akan terus bergiat aktif dalam bidang seni kerana ini adalah bidang yang saya minati tetapi bukan bererti saya boleh ligat seperti dahulu.

“Banyak atau kurang tawaran lakonan itu semua bergantung pada usaha dan rezeki masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta berkata, seperti mana artis bertudung yang lain, dia juga tidak terkecuali akan lebih memilih watak agar bersesuaian dengan imej terkininya.

“Sudah tentu kena lebih selektif dalam pemilihan watak agar bersesuaian dengan imej sekarang seperti mana dilakukan oleh artis lain,” katanya.

Ikutnya lagi, suaminya, Zain Saidin adalah insan paling gembira apabila dia meluahkan hasrat untuk kekal berhijab.

“Sudah tentu Zain paling gembira dengan perubahan ini kerana dia memang sentiasa mendoakan agar saya terbuka hati untuk bertudung.

“Malah ketika sambutan hari jadinya sebelum berangkat ke tanah suci saya sudah mula menutup aurat dan dia sangat gembira,” ujarnya.

Alhamdulillah, seronok MiG Online dengar penjelasan Che Ta untuk berhijab selepas penghijrahannya. MiG Online doakan Che Ta agar terus istiqamah dalam apapun yang dilakukan selepas ini ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s