Individu Paling Berkuasa Di Dunia?

Setiap dari kita mesti nak menjadi orang yang paling berpengaruh, yang tentunya mencipta impian satu dalam sejuta. Mustahil korang semua tak pernah mengimpikan semua ni kan. Dengan kuasa dan pengaruh yang ada, pelbagai benda yang boleh dilakukan.

Untuk permulaan hari ini, MiG Online nak kongsi dengan korang pengetahuan yang sangat berguna, tentang orang yang sangat berpengaruh dan berkuasa di dunia ;


1 – Vladimir Putin
                               

Presiden Russia, Vladimir Putin menjadi individu No.1 paling berkuasa di dunia, sekaligus meletakkan presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di tangga kedua. Beliau mula bertugas sebagai Presiden Russia pada 7 Mei 2012. Dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan kontroversi. Dikaitkan dengan tragedi MH17.

Kekuasaanya ditunjukkan selepas beliau melancarkan perang ke atas Ukraine dan membina saluran paip gas bernilai AS$70 bilion (RM233 bilion) dengan China yang merupakan projek pembinaan terbesar di dunia. Jika dibandingkan Russia dengan kuasa besar dunia, Amerika Syarikat, nyata Russia lebih berkuasa.

2 – Barack Obama

                                
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tersenarai ditangga kedua sebagai individu paling berkuasa di dunia. Memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat sejak 20 Januari 2009. Merupakan Presiden berkulit hitam yang pertama Amerika Syarikat dan individu yang paling kuat mempunyai pengaruh di seluruh dunia.

3 – Xi Jinping

                             

Presiden China, Xi Jinping mendapat kedudukan di tangga ketiga dalam kelompok individu paling berkuasa di dunia. Merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China dan tokoh politik yang memiliki pengaruh besar di kalangan masyarakat China dan dunia. Terlibat dalam projek terbesar di dunia yang bernilai RM233 bilion bersama Presiden Russia.

4 – Pope Francis

                             

Pope Francis, merupakan paderi besar di Gereja Roman Katolik. Memiliki pengaruh dan kuasa besar dalam keagamaan. Kardinal Jorge Bergoglio disahkan sebagai Jesuit pertama dalam sejarah yang menjadi Paus. Tidak ada satu pun Paus Katolik secara terang merupakan penganut Jesuit dan Pope Francis merupakan yang pertama.

5 – Angela Merkel

                              

Canselor Jerman, Angela Merkel menjadi Canselor wanita pertama dan termuda sejak Perang Dunia kedua untuk memipin negara Jerman. Angela dipilih wanita paling berkuasa di dunia dalam bidang politik.

Beliau telah digambarkan sebagai de facto pemimpin Kesatuan Eropah, dan telah disenaraikan sebagai orang di dunia kedua paling berkuasa oleh majalah Forbes pada tahun 2013, yang tertinggi ‘ranking’ yang pernah dicapai oleh wanita, dia kini menduduki tangga kelima. Pada 26 Mac 2014, dia menjadi ketua penyandang paling lama berkhidmat dalam kerajaan di Kesatuan Eropah. Pada 28 Mei 2014, beliau telah dinamakan sebagai wanita yang paling berkuasa di dunia, oleh Forbes.


6 – Janet Yellen

                               

Tangga keenam, Janet Yellen, ahli ekonomi Amerika Syarikat. Kini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rizab Persekutuan Amerika Syarikat. Sebelum ini, beliau adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Federal Reserve Bank of San Francisco, Ketua Dewan White House Penasihat Ekonomi di bawah Presiden Bill Clinton, dan Profesor Emerita di Universiti California, Berkeley, Haas Sekolah Perniagaan Individu yang paling berkuasa dalam perniagaan dan kewangan.

7 – Bill Gates

                                 

Top ketujuh individu paling berkuasa di dunia, Bill Gates. Pengasas dan pengerusi Microsoft Corporation. Merupakan individu paling kaya di dunia dan juga seorang dermawan. Memiliki harta kekayaan sebanyak USD 61 milion dan sentiasa meningkat setiap saat.

Fakta menarik mengenai Bill Gates. Sebelum mencapai kejayaan sebegini, beliau hanya mengambil masa 8 jam sahaja untuk tidur  dalam seminggu. Selanjutnya, beliau meluangkan masanya untuk mencipta dan mengembangkan jenama Microsoft.


8 – Mario Draghi

                              
Mario Draghi merupakan Presiden Bank Pusat Eropah. Dicalonkan dalam 8 individu paling berkuasa di dunia. Sebelum ini beliau memegang jawatan Gabenor Bank di Itali dari Disember 2005 hingga oktober 2011. Pada tahun 2014 Forbes mencalonkan Draghi 8 orang yang paling berkuasa di dunia.
9 –  Sergey Brin
                               

Sergey Mikhailovich Brin, merupakan anak kelahiran Rusia, yang menceburi dalam bidang perkomputeran. Tersenarai dalam individu paling berkuasa di dunia bersama-sama Larry Page kerana kejayaaan mereka mencipta dan mendirikan Google.

10 – Larry Page 

                               
Larry Page, CEO dan pengasas Google bersama-sama Sergey Brin. Kejayaannya mencipta enjin pencarian Google yang menjadi medium utama carian segala maklumat di internet menjadikannya tergolong dalam kelompok individu paling berkuasa dan terkaya di dunia. Page juga adalah ahli lembaga pengarah X Prize Foundation (XPrize) dan telah dipilih ke Akademi Kejuruteraan Kebangsaan pada tahun 2004.
11 – David Cameron
                               
Perdana Menteri Britain, David William Donald Cameron, di tangga kesebelas dalam senarai individu paling berkuasa di dunia.
Cameron mengkaji Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) di Brasenose College, Oxford, mendapat ijazah kepujian kelas pertama pada tahun 1988. Beliau digambarkan oleh guru beliau, Profesor Vernon Bogdanor, sebagai “salah satu yang paling berkebolehan”.

12 – Abdullah Bin Abdul Aziz al Saud

                               

Tempat ke-12, ialah Raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah Bin Abdul Aziz al Saud. Dikenali sebagai pemimpin Arab yang nasionalis dan modernis. Beliau telah memegang jawatan politik yang penting di seluruh sebahagian besar kehidupan dewasa beliau.

Pada tahun 1961 beliau menjadi Datuk Bandar Mekah, pejabat awam yang pertama. Pada tahun berikutnya, beliau telah dilantik sebagai panglima Arab Saudi Pengawal Kebangsaan, iaitu jawatan yang masih bertahan waktu ia menjadi raja.
13 –  Warren Buffett

                               

Warren Buffett, seorang rakyat Amerika hartawan perniagaan, pelabur dan dermawan. Beliau juga merupakan pemegang saham terbesar syarikat Berkshire Hathaway. Sebuah syarikat menjalankan perniagaan yang beraneka keluaran.

Selain itu, beliau konsisten disenaraikan antara oarang terkaya di dunia. Beliau berada di kedudukan sebagai oarang terkaya di dunia pada tahun 2008, dan terkaya ketiga pada tahun 2011. Pada tahun 2012, nama Buffet dikenali sebagai salah seoarang paling berpengaruh di dunia.

14 – Li Keqiang

                                

Li Keqiang, Perdana Menteri Republik Rakyat China. Memiliki pengaruh dan kuasa dalam bidang politik. Seorang pakar membanteras rasuah menaikkan ekonomi di kerajaan China. Selain itu juga, beliau adalah sebahagian besar daripada “generasi kelima kepimpinan China.”

15 – Carlos Slim Helu

                                

Carlos Slim Helu, seorang jurutera, usahawan dan dermawan dari Mexico. Beliau juga merupakan Pengerusi Kehormat Amerika Movil. Terlibat dalam industri telekomunikasi yang mempunyai rangkaian terbesar meliputi negara Mexico dan Amerika Latin. Kekayaannya mengatasi Bill Gates iaitu bernilai USD 53.5 bilion.

16 – Narendra Modi

                               

Narendra Modi, Perdana Menteri India. Antara tokoh politik yang mempunyai kuasa dan pengaruh terkuat di dunia. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Ketua Menteri Gujarat dari tahun 2001 hingga 2014. Beliau kini merupakan Ahli Parlimen (MP) dari Varanasi.

Modi telah dipuji kerana dasar-dasar ekonomi yang telah mewujudkan persekitaran untuk kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi di Gujarat.

17 –  Jeff Bezos

                              

Top ke-17, Jeff Bezos. Merupakan Pengasas dan CEO Amazon.com. Mendapat kepercayaan dalam pembelian buku-buku ilmiah melalui internet. Di bawah pimpinan beliau, Amazon.com menjadi peruncit terbesar di World Wide Web dan model atas untuk jualan Internet.

Pada tahun 2013, Bezos membeli akhbar The Washington Post. Sehingga Mac 2015, kekayaan peribadi Bezos dianggarkan menjadi AS $ 34800000000, ranking dia nombor 15 dalam senarai Forbes bilionaire.

18 –  Francois Hollande

                              

Francois Hollande, Presiden Perancis. Individu yang berkuasa dalam bidang politik. Hollande sebelum ini merupakan Setiausaha Pertama Parti Sosialis Perancis 1997-2008, Datuk Bandar Tulle 2001-2008 dan Presiden Majlis Corrèze Besar dari tahun 2008 hingga 2012. Beliau juga pernah berkhidmat di dalam Dewan Negara dua kali sebagai wakil Corrèze 1988-1993 dan 1997 hingga 2012.

19 – Jamie Dimon 

                              

Jamie Dimon, CEO syarikat JPMorgan Chase. Sebuah syarikat multinasional dan perkhidmatan kewangan induk terbesar di Amerika Syarikat. Menurut majalah ForbesJPMorgan Chase adalah syarikat awam ketiga terbesar di dunia berdasarkan ‘ranking’ .

20 – Ayatollah Ali Khamenei

                               

Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin agung Iran. Merupakan bekas Presiden Iran pada tahun 1981 hingga 1989. Disenangi oleh para penduduk Iran khususnya puak-puak Syiah.Pada 2012, Forbes dipilih dalam senarai Orang Paling Berkuasa di Dunia.
21 – Mark Zuckerberg

                               

Mark Zuckerberg, pengasas laman sosial popular, Facebook, menjadi individu termuda berada dalam senarai apabila menduduki tangga ke-21 individu paling berkuasa di dunia.

Zuckerberg telah dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Facebook, Inc. pada April 2013. Dan kekayaan peribadinya, pada Mac 2015, dianggarkan $ 35100000000. Mark Zuckerberg menerima satu dolar gaji sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Facebook.

22 – Ben Bernanke

Ben Bernanke adalah pakar ekonomi Amerika, dan ketika ini Ketua Federal Reserve, bank pusat Amerika Syarikat. Dia kemudian menjawat jawatan sebagai Ketua Dewan Penasihat Ekonomi Presiden Bush sebelum Bush memujuk dia menjadi Ketua Amerika Syarikat Federal Reserve pada tarikh 1 Februari 2006. Bernanke telah disahkan sebagai Ketua pada tarikh 28 Januari, 2010 setelah dicalonkan oleh Presiden Barack Obama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s