Hanis Zalikha Akan Bertunang Dalam Masa Terdekat?

Pelakon dan pengacara cantik, Hanis Zalikha yang baru semalam selesai drama episod terakhirnya “Suamiku Encik Sotong” menjelaskan tentang perubahannya mengenakan hijab baru-baru ni. Tambah Hanis, ini adalah bagi menuruti permintaan ibu bapa yang sudah lama mengharapkan dirinya untuk berhijab.
“Kalau ikutkan, mama dan daddy Hanis sudah lama memberi hint supaya Hanis berhijab. Kalau ikutkan Hanis tak pernah gagal mengikuti permintaan keluarga, tapi entah kenapa permintaan yang satu ini sukar untuk Hanis turutkan.
 
“Tapi itu bukan alasan untuk Hanis melanggar perintah Allah SWT. Alhamdulillah, hari demi hari yang berlalu, hati Hanis mula rasa tenang setiap kali bertudung, sehinggalah Hanis tekad untuk bertudung sepenuhnya pada 1 Mac lalu.
“Paling penting, saya sudah melunaskan impian ibu bapa sebelum menjadi isteri dan perubahan ini adalah berkat doa dari mereka,” ujarnya.
Selain dari itu, Hanis mengaku yang dia dan Hairul Azreen akan bertunang dalam masa terdekat, tapi majlis tersebut hanya akan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak saja.
 
“Hanis minta maaf kerana tak dapat kongsikan tarikh pertunangan tapi boleh dikatakan kami akan bertunang dalam masa terdekat.
 
“Mengenai tarikh perkahwinan pula, hanya akan dibincangkan pada majlis pertunangan kelak dan ia akan diputuskan oleh keluarga. Jadi selepas ia diputuskan baru Hanis akan maklumkan bila kami akan berkahwin,” jelas Hanis.
Tahniah untuk Hanis Zalikha dan Hairul Azreen MiG Online ucapkan. Moga pertunangan yang bakal berlangsung ini akan segera berakhir ke jinjang pelamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s