Mohon Hentikan Penyebaran Gambar, Allahyarham Harun Salim Bachik

Seorang lagenda, Allahyarham Harun Salim Bachik menghembuskan nafas terakhirnya selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak, petang Ahad lalu. Allahyarham telah disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Pejabat Kesihatan Gunung Semanggol, pada lebih kurang 4.20 petang.

Sebelum ini ahli keluarga memang sudah mengetahui yang Allahyarham ada menghidap penyakit asma.

Dari berita yang MiG Online dengar, keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik terkilan dengan penyebaran gambar arwah ketika menghembuskan nafas terakhir dan menjelaskan perkara yang disebarkan tidak betul seperti diperkatakan di laman-laman sosial.

Anak keduanya menambah, Danial Al-Rashid, 29, berkata, arwah meninggal dunia secara tenang dipangkuan salah seorang adiknya selepas mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.

“Arwah tidak jatuh seperti yang tersebar di Facebook, dia sesak nafas dan berpaut pada tiang hingga adik saya memapah dan memangkunya pada saat-saat dia menghembuskan nafas terakhir.

“Selepas saya dapat berita tentang itu dan lihat sudah tersebar gambar-gambar arwah serta cerita yang salah. Saya harap orang ramai tidak menyebarkan lagi gambar tersebut,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al Raudhah, Batu Muda, Batu Caves, kira-kira pukul 11 pagi Isnin selepas disembahyangkan di Surau Al Mutmainnah Jalan Pandan Perdana 8/1.

Biarpun tidak meninggalkan sebarang pesanan, Danial berkata, tanggungjawab terhadap keluarga kini perlu dipikulnya bersama adik beradik lain.

“Dia kelakar di televisyen sahaja dan kalau di rumah dia seorang yang serius. Dia tidak meninggalkan apa-apa pesanan kepada kami adik beradik, namun secara automatiknya tanggungjawab itu jatuh kepada kami semua,” ujarnya.

Ikut anak sulungnya lagi, Syafik Al-Rashid, dia telah memohon jasa baik pihak hospital tidak melakukan bedah siasat keatas arwah kerana mengetahui punca kematian bapanya . Arwah memang mengalami penyakit asma yang kritikal dan sudah beberapa kali pergi ke hospital untuk menjalani rawatan bagi mengawal penyakit asma itu.

“Kami berpakat adik-beradik tidak mahu arwah ayah menjalani bedah siasat kerana memang mengetahui arwah ayah menghidap penyakit asma.

“Sebelum ini juga, arwah sudah beberapa kali ke hospital untuk dapatkan rawatan,” ujarnya.

Sedih bila mendengar keluhan hati anak-anak Allahyarham, harapan MiG Online moga selepas ini kita lebih berhati-hati dalam menyebarkan berita di laman-laman sosial. Moga pemergiannya lebih tenang di sana. Al-Fatihah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s