Tidak Selalu Muncul Kerana Diboikot Produser?

Arja Lee, dikenali dengan drama bersiri Misiku Kuza lakonan bersama Hairul Azreen, Erin Malek dan lain-lain lagi. Tapi sejak dua menjak ni kemunculan Arja Lee dalam dunia hiburan macam semakin hilang. Ramai jugak peminat yang bertanya, mana perginya Arja ni sekarang?

Sebenarnya, Arja Lee bukan menghilangkan diri cuma dia berkata pada waktu sekarang ni dia kurang mendapat tawaran berlakon kerana dia telah menolak satu tawaran lakonan dan telah diboikot oleh produser berkenaan. Jelas Arja ;

“Ia berpunca pada satu tawaran lakonan yang saya terpaksa menolak  atas sebab-sebab tertentu, saya tolak disebabkan komitmen kerja dan fokus saya terhadap dengan satu produksi lain”.

“Saya memang tolak cara baik, tidak berkasar dan bahasa saya cakap pun tidaklah menyakitkan hati, itu saya berani jamin, tetapi lain pula jadinya sehingga disalah tafsir mengatakan saya demand”.

Ikut Arja lagi, dia bukanlah ‘demand’ seperti yang dikhabarkan, dia cuma tidak mahu mengambil banyak tawaran sampai satu hari nanti dia sendiri yang tidak mampu nak ‘handle’ tawaran tersebut. Bagi Arja, dia hanya mahu menjaga kualiti dalam kerja. Bukan seperti yang diperkatakan.

Bagi MiG Online, betul cara apa yang Arja lakukan ini. Kualiti kerja tu lagi penting dari dapat tawaran yang banyak tapi kita tak mampu nak buat. MiG Online percaya mungkin rezeki Arja akan datang nanti, siapa tahu kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s