Amar Baharin Selesa Berkawan Dengan Amyra Rosli?

Selepas memegang watak dalam drama bersiri  “Suamiku Encik Sotong”, nama pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli, semakin disebut-sebut dan dikenali ramai. Tapi ada pula gosip-gosip yang MiG Online dengar, mereka ni dikatakan semakin akrab dan rapat sejak mereka dikelolakan oleh seorang pengurus yang sama iaitu ibu kepada Aamyra Rosli sendiri, Noor Zaridah Ahmad.

Bila ditanya, Amar mengaku yang dia memang selesa berkawan dengan Amyra dan menyifatkan wanita itu seorang yang baik dan menghormati orang tua. Dorang ni mula digosipkan bercinta selepas dilihat gandingan yang serasi dalam drama tersebut.

“Kami dikatakan bercinta sebab mereka lihat kami serasi dalam drama itu. Sebelum ini kami ada juga berlakon bersama tetapi tidak pula digosipkan kerana watak tersebut bukan pasangan kekasih,” ujarnya. 

Tentang soal pengurus pula, kata Amar, dia buat keputusan untuk menyerahkan semua tanggungjawab kepada pengurusnya supaya segala jadual akan lebih teratur dan profesional pada masa akan datang. 

“Ini pertama kali kerjaya saya diuruskan oleh orang lain kerana sebelum ini saya agak susah nak percaya orang dan apabila berjumpa ibu Amyra iaitu Kak Noor saya lihat dia mampu untuk menguruskan saya. 

“Sejak awal 2015 ini memang dia yang uruskan dan ia adalah supaya kerjaya saya lebih teratur selepas ini,” ujarnya.

Ikut Amar lagi, mereka akan digandingan sekali lagi sebagai pasangan kekasih dalam drama adaptasi novel Cik Bunga Encik Sombong di Astro Prima yang bakal ditayangkan Ramadhan ini.

Bila ditanya Amyra Rosli yang sebelum ini peminat sedia maklum, dia telah memutuskan hubungan dengan pelakon Dazrin Kamarudin, Ogos tahun lalu, tapi Aamyra jelaskan dia tidak menutup pintu hati kepada mana-mana jejaka yang hadir dalam hidupnya.

“Saya single and available lagi, namun saya tidak tutup pintu hati saya lepas gagal pada hubungan lalu. 

“Kalau Allah kata sudah sampai jodoh, saya terima sahaja, tetapi saya tidak meletakkan apa-apa kriteria kepada pasangan yang saya mahu. 

“Apa yang penting dia tidak berpura-pura dan jadi diri sendiri untuk bersama saya,” katanya.

MiG Online harap karier Amar Baharin dan Amyra Rosli akan terus meningkat dan terus bertambah maju dalam segala yang dilakukan. Goodluck ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s