Azri AF9 Bakal Bersanding Bertiga?

Azri AF9 dan Salma telah berkahwin pada 31 Januari 2015 yang lalu di belah pihak keluarga Salma iaitu di Tawau, Sabah. Memandangkan majlis resepsi  perkahwinan mereka belum lagi dibuat di Semenanjung, Azri pernah menyuarakan yang mungkin mereka akan mengadakan resepsi disini, tapi hanya tarikh yang belum ditetapkan lagi.

Tambahnya lagi, jika mereka mengadakan resepsi di sini, maknanya mereka akan bakal bersanding bertiga. Kenapa? Sebabnya dari cerita yang MiG Online dengar, Salma telah pun mengandung anak sulung mereka. Gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram Azri menunjukkan “pregnancy test” yang telah dikirimkan oleh Salma kepadanya.

“Boy ke gurl neee..!!! Ehem ehem @salmaasis.. 
Alhamdulilah rezeki dari Allah.. patut la suami asik xsihat lately ni~”

Ikut Azri lagi, semasa dihubungi Azri tidak berada bersama Salma dan merasakan dirinya juga ada berasa tidak sihat rupanya mungkin puncanya dari orang ketiga yang bakal hadir dalam hidup mereka. Kata Azri ;

“Sekarang saya tengah ada shooting jadi, tidak jumpa Salma. Gambar tersebut dikirim oleh Salma untuk membuat kejutan kepada saya. Memang menjadi betul kejutan dia. Tidak sabar untuk saya pulang berjumpa dengan dia”, kata Azri dengan teruja.
 “Patutlah saya rasa tidak berapa sihat. Lemah badan dan saya kuat tidur. Rupanya ada “orang ketiga” bakal muncul. Saya rasa bersyukur sesangat kerana tidak sangka secepat ini. Alhamdullilah, rezeki dari Allah SWT. InShaAllah, saya akan jaga Salma sebaik mungkin. Bagi jantina pula, saya tidak kisah lelaki ataupun perempuan. Janji sihat tubuh badan”, jelasnya.

MiG Online pun teruja sangat bila dengar mereka bakal bersanding bertiga. Kami semua mendoakan agar kandungan Salma sihat dan lepas ni Salma perlulah menjaga pemakanan seharian. Tak kisah lelaki atau perempuan, janji baby dalam kandungan sihat ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s