Hafiz Tidak Berkecil Hati Dengan Akim?

Penyanyi, Hafiz Suip selamat mengikat tali pertunangannya 27 Februari lalu dengan Nureffy Jasreel Abdullah. Majlis yang diadakan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak, telah berlansung meriah dengan kehadiran ahli keluarga, sanak-saudara, dan juga rakan seperjuangan bersama iaitu Hazama dan Aril.

Tapi timbul pula gosip yang mengatakan lagi seorang rakan baiknya, Akim, tidak menghadirkan diri ke majlis pertunangan Hafiz kerana ada perselisihan faham. Betul ke? Pelik juga MiG Online dengar, setahu MiG Online mereka berempat ni memang rapat.

Namun, perkara tersebut telah pun dinafikan oleh Hafiz sendiri dan memberitahu yang sebenarnya mereka bukanlah bergaduh, tapi penyanyi lagu ‘Mewangi’ itu tertinggal penerbangan untuk ke Kuching untuk menghadiri majlis pertunangannya.

“Pada awalnya memang Aril, Hazama dan Akim berjanji untuk datang tetapi Akim ada rakaman pada malam sebelum itu dan habis pula lewat sehingga dia tertinggal kapal terbang keesokan hari.

“Pagi itu, dia menghubungi saya untuk menjelaskan bahawa dia tidak dapat bangun awal untuk penerbangan pagi itu. Dia ada minta maaf kerana tak dapat hadir,” ujarnya.

Ikut Hafiz lagi, dia tidak sedikit pun berkecil hati dengan apa yang berlaku malah memahami Akim mempunyai tanggungjawab terhadap kerjanya yang perlu diberikan keutamaan.

“Saya terkejut juga apabila ramai peminat yang sangka kami bergaduh. Bila masa pula kami bergaduh, hubungan kami baik-baik sahaja.

“Saya tidak kisah tentang perkara itu kerana dia ada kerja yang perlu diutamakan, lagi pun dia boleh datang masa perkahwinan nanti,” ujarnya.

MiG Online tau yang mereka berempat ni memang rapat. Bintang-bintang dari kelahiran program Akademi Fantasi ni dah lama membina persahabatan mereka. Mustahil hubungan antara mereka ni boleh berantakan. Apapun, masing-masing memahami kerjaya yang perlu didahulukan. Semoga mereka akan terus maju dan berjaya dalam industri muzik tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s