Mizz Nina Berbadan Dua?

Penyanyi dan selebriti Mizz Nina, yang telah tampil berhijab kini semakin dikenali kerana mempunyai fesyen busana muslimah miliknya sendiri yang dilabelkan sebagai Medina. Mizz Nina kini disebut-sebut oleh beberapa golongan remaja dan tak ketinggalan ibu-ibu yang meminati fesyen muslimah.

Beliau kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan selepas lama mendiamkan diri dalam dunia hiburan. Sejak berumahtangga dengan Noh Salleh pada Julai 2011, ramai juga ada yang bertanya kepada mereka tentang cahayamata.

Tapi baru-baru ini, ada sumber terdekat dengan Mizz Nina secara tak sengaja mendedahkan kepada seorang rakan, yang Mizz Nina sedang berbadan dua. Bila diajukan lagi soalan kepada rakan tersebut, beliau terus mendiamkan diri.

Bukan itu saja, ada juga sumber yang baru-baru ini terserempak dengan Mizz Nina dan kebanyakkan mereka kata Mizz Nina sekarang lebih gemar memakai baju fesyen berjubah dan kelihatan agak sedikit berisi.

MiG Online pun tak berapa pasti tentang hal yang diperkatakan. Tak tahulah jika ianya betul atau tidak. Tapi jika betul sangkaan peminat yang Mizz Nina sudah berbadan dua, tahniah MiG Online ucapkan buat pasangan tersebut.

MiG Online rasa kalau betul jangkaan kita semua, mungkin mereka belum lagi bersedia untuk berkongsi cerita gembira ini kepada umum. Apa yang pasti, MiG Online akan doakan pasangan ini kekal bahagia dan lebih maju dalam perniagaan yang diceburi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s