Siapa Disebalik “Sakitnya Tuh Disini”

Cita Citata seorang penyanyi dan pelakon dari Indonesia yang popular dengan lagu “Sakitnya Tuh Disini”. Dia bukan saja cantik  dan berbakat orangnya, tapi anak kelahiran dari Bandung ni sebenarnya muda lagi. Baru berumur 20 tahun ok. Disebabkan lagu hit nyanyiannya yang tengah viral di laman sosial sekarang ni Cita Citata mula dikenali.

Dia mula menceburkan diri dalam dunia muzik dengan lagu single Kalimera Athens ciptaan Doel Sumbang. Pada zaman sekolah lagi Cita memang selalu menyanyi dangdut bila ada majlis perkahwinan dan sebagainya. Lepas tu, dia cuba pula dengan lagu Pop, Jazz sehinggakan dia memulakan kerjayanya sebagai penyanyi Jazz.

Tapi setelah bergabung dengan satu syarikat muzik di Indonesia pada pertengahan tahun 2014, Cita beralih kepada muzik yang bergenre dangdut dan meneruskan kariernya sehingga ke hari ini sebagai penyanyi dangdut.

Bukan itu saja, dia turut mengeluarkan single yang berjudul “Sakitnya Tuh Disini” selepas putus cinta dengan seseorang.

Dia mengaku sangat terkejut sekaligus bangga dengan pencapaiannya kerana lagu tersebut menaikkan lagi namanya di Indonesia sehinggakan dalam beberapa minggu, lagu tersebut berada di kedudukan tertinggi di stesen radio seluruh Indonesia. Dia tak sangka lagu dangdut tersebut tu boleh digemari oleh masyarakat Indonesia bahkan dah viral di laman sosial. Sehingga kan Malaysia pun dah terkena demam “Sakitnya Tuh Disini”.

MiG Online nak share dengan korang sikit, bukan korang je dah demam lagu tu, tapi artis-artis MiG Talent pun dah berjangkit dengan lagu “Sakitnya Tuh Disini” tu, Hahaha. Jom kita layan sikit ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s