Badan Shah Iskandar Susut, Dituduh Mengambil Dadah?

Pelakon Shah Iskandar yang dikenali sebelum ini memiliki tubuh badan yang agak sasa, tiba-tiba susut mendadak dan dia dituduh mengambil dadah. Malang betul nasib bekas pemenang Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular 2013 ini.
Shah memberi penjelasan, sebenarnya dia mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru. Jelasnya lagi ;
“Ingin saya tegaskan, saya kurus bukan kerana dadah.  Sebenarnya saya telah mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru sehingga hampir terkena Anemia selama dua minggu.  Sebab itu, badan saya susut seperti sekarang.
 
“Selepas sembuh, saya semakin selesa dengan keadaan sebegini selain dapat mengenakan baju-baju bersaiz kecil,” kongsi Shah.
Bercerita tentang drama ‘BIB’ lakonan bersama Ika Nabella itu, Shah memberitahu proses penggambaran sudah dijalankan sejak Oktober tahun lalu.
“Di dalam drama ini, saya melakonkan watak budak kolej yang dicabar untuk bermain bola jaring.  Jadi, saya bersama sekumpulan lelaki lain perlu bermain bola jaring.  Disebabkan permainan ini perlu dilakukan di tempat yang betul, faktor lokasi dan dewan yang tidak boleh digunakan terlalu lama menjadi salah satu sebab kenapa penggambaran mengambil tempoh masa yang panjang.
 
“Selain itu, drama ini menampilkan ramai pelakon.  Ada orang lama dan baru.  Dalam masa sama, produksi perlu mengikut jadual setiap pelakon.  Jadi, ia juga mengambil masa,” tambah Shah lagi.
Terkejut MiG Online dengar tentang cerita ini, apapun, moga kesihatan Shah Iskandar pulih seperti sedia kala. Peminat pun, janganlah terus membuat sebarang spekulasi tanpa mengetahui cerita yang sebenar okay?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s