Hanez Suraya Berdebar Tunggu Esok?

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh pelakon cantik Hanez Suraya bakal tiba. Hanez akan mengakhiri zaman solonya dengan lelaki pilihan hati iaitu, Romie Razil Adilha.
Walaupun sebelum ini terlalu banyak cabaran dan dugaan sepanjang perhubungan mereka, tapi dengan ketabahan Hanez, dia bangkit dan bakal menamatkan segala spekulasi tentang dirinya. Majlis pernikahan yang dijadualkan akan berlangsung esok, pada 14 Mac 2015 di Masjid Putra, Putrajaya.
“Alhamdulillah, semua persiapan sudah siap untuk majlis pernikahan esok.  Jujurnya, perasaan saya kini bercambur baur.  Rasa gementar itu makin terasa sejak seminggu lalu.  Gementar kerana bakal menggalas tanggungjawab baru sebagai isteri dan berkongsi kasih dengan anak-anak Romie.
 
“Memandangkan sebelum ini saya melalui pelbagai dugaan, esok bakal merubah segalanya.  Pastinya ia satu lagi perasaan yang ingin saya tunjukkan kepada orang di mana saya juga berhak merasai kebahagiaan itu,” ujar Hanez.
Hanez akan memakai busana rekaan Wanpa di majlis pernikahan akan meneruskan majlis persandingan dan majlis berinai besar pada sebelah malam di kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan.  Di majlis tersebut Hanez akan memakai rekaan Najeeb Azami.
Tahniah buat si cantik Hanez Suraya. Moga segala urusan pada hari esok akan berjalan lancar hendakNya. Moga berbahagia hingga ke Jannah bersama pasangan, Romie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s