Qi Razali Mahu Ikat Pertunangan Dengan Nelydia Secepat Mungkin?

Kisah percintaan antara Qi Razali dan Nelydia Senrose sudah pun diketahui peminat dan umum. Nampak serasi dan sepadan sungguh MiG Online tengok mereka berdua pada malam Anugerah Meletop Era 2015 hari itu.

Setelah menjalin cinta sekian lama akhirnya, pelakon dan pengacara ini katanya telah membuat keputusan mahu menguruskan urusan menghantar rombongan dan seterusnya urusan ke jinjang pelamin bersama kekasih hati, Nelydia Senrose.

“Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia”

“Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan dengan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan untuk kehidupan berumah tangga yang kalau boleh tak mahu dilengahkan lagi”

“Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan harapnya selepas bergelar tunang, kuranglah cerita yang kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu,” katanya.

Alhamdulillah, seorang lagi aktres dan selebriti kita lagi bakal mendirikan masjid. Tumpang gembira MiG Online dengar. MiG Online doakan apa yang dihajati dan segala keputusan yang telah dibuat berjalan dengan lancar. Tak sabar nak tengok mereka berdua disatukan. Apapun, Tahniah untuk Qi Razali dan Nelydia Senrose🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s