(Tahniah) Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie

Akhirnya, hari yang dinanti-nanti penuh debaran telah tiba. Kini, Hanez Suraya telah sah bergelar isteri kepada Romie Razin Aidilha pada jam 11.25 pagi tadi. Walaupun sebelum ini, Hanez berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan, tapi Hanez tetap tabah menepis segala kenyataan yang dihadapinya.

Majlis akad nikah mereka yang berlangsung tadi di Masjid Putra, Putrajaya, dihadiri oleh 200 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga pasangan pengantin dan juga beberapa wakil media. Hanez dan Romie telah dinikahkan oleh bapa Hanez sendiri  Encik Abdul Aziz Mohd Said di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat.

Dengan hanya dengan sekali lafaz, pelakon cantik ini telah sah bergelar isteri kepada Romie. Hanez telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala wang hantaran pula telah dirahsiakan jumlahnya.

Pihak perempuan menerima  tujuh dulang hantaran merupakan Al-Quran, rantai, set wangian dan alat solek, beg tangan, kasut, tepak sirih, mas kahwin dan wang hantaran.

Pihak lelaki pula telah dibalas dengan sembilan dulang hantaran antaranya Al-Quran, sejadah, buah-buahan, set wangian,tali pinggang,kek, baju dan seluar, beg , sepasang kasut dan sirih junjung.

Majlis resepsi bagi pasangan pengantin baru ini, akan diadakan di kediaman pihak perempuan yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

MiG Online doakan pasangan bahagia ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Moga Hanez akan menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada anak Romie. Apa yang terjadi mungkin telah tertulis olehNya. Sekali lagi tahniah kepada pegantin baru Hanez Suraya dan Romie dari MiG Online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s