Nora Danish Bagi Pinjam Email?

Bila sebut je tentang seorang selebriti yang kecil molek ni, mesti semua orang nak tau kan? Lagi-lagi bila Nora Danish pula orang yang MiG Online sebutkan itu.

Dengar kata Mommy kepada Raykal ni ada bagi pinjam email dekat seseorang, tapi betul ke?

Hah, sebenarnya Nora memang ada bagi pinjam emailnya dekat orang lain, tapi hanya dalam satu filem terbaru MiG Pictures. Nak tau kenapa Nora bagi pinjam dekat Yus Jambu?

Meh, MiG Online cerita sikit sinopsis filem komedia seram ni. MiG Online boleh confirm “Hantu Bungkus Ikat Tepi” ni mesti akan buat korang tak kering gusi dan seram sampai tak tidur malam, layan ;

Filem ini mengisahkan tentang tiga rakan baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang penakut. Cerita bermula apabila mereka menaiki kereta pada satu malam dan terlihat seorang lelaki berlumuran darah terbaring di atas jalan. Perasaan panik menyebabkan mereka memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cop jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu. Mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan membuang mayat tersebut tetapi  ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam mereka jika polis menemuinya nanti. Fuad, Fadli dan Fendi meminta bantuan Mimie (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut selepas mereka diganggu roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.

Nak tau apa yang jadi lepas tu? Hah, Kena lah tengok “Hantu Bungkus Ikat Tepi”, 9 April 2015 ini di pawagam “tepi” anda. hehehe.

Jom kita layan sikit ‘Trailer’ tang Nora Danish bagi pinjam email tu ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s