Kamal Adli Bawa Emma Jumpa Keluarga?

kamal adli

Kisah percintaan Zizan dan Emma sudah pun berakhir baru-baru ini. Tuptup, MiG Online dengar sekarang Emma sekarang agak rapat dengan seorang artis yang pernah dikaitkan dengannya dulu. Kalau sebelum ini ada desas-desus tentang Emma pernah dijemput oleh artis berkenaaan di lapangan terbang, tapi cerita tersebut telah dinafikan oleh tuan empunya badan sendiri. Harini timbul lagi cerita, mengatakan Kamal Adli dan Emma Maembong dah semakin rapat, wah, betul ke?

Yang lagi MiG Online tak percaya, dengar kata Kamal Adli dah bawa Emma jumpa dengan keluarganya, hehe. Macam ada apa-apa je kan? Namun yang pasti, Kamal Adli bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan. Mereka hanya baik selepas perpisahan tersebut terjadi. Kata sumber tersebut ;

“Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta.

“Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka.

“Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu”.

Kalau betul lah apa yang MiG Online dengar ni, tak ada salahnya. Dorang pun masing-masing single kan? Apa salahnya kalau mereka ada hubungan pun. Apapun, MiG Online doakan yang terbaik untuk korang berdua okay?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s