Papan Tanda Nama Restoran ‘1 Market by Chef Wan’ Ditanggalkan?

Datuk Chef Wan, seorang chef selebriti terkenal katanya terpaksa menangguh hasrat untuk membuka restoran ‘1 Market by Chef Wan’ di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya. Hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana keadaan ekonomi negara yang kurang baik.

Tambah Chef Wan lagi, rakan kongsi dan pelabur memutuskan penangguhan tersebut selepas membuat kajian selama lima bulan di pusat beli belah tersebut yang mendapati perniagaan di situ kurang memberangsangkan.

“Rakan kongsi dan pelabur Lippo Group di bawah anak syarikat mereka The Food Junction membuat keputusan untuk menangguhkan pembukaan restoran tersebut ke suatu masa selepas ekonomi negara lebih baik.

“Kajian selama lima bulan yang dibuat mendapati sambutan di IOI City Mall itu kurang baik dan tidak menggalakkan untuk operasi restoran tersebut,” ujarnya.

                    

Ikut penjelasan Chef Wan lagi, papan tanda nama kedai miliknya di IOI City Mall, Putrajaya, yang sepatutnya sudah beroperasi juga telah ditanggalkan.

Tambahnya, pelabur enggan mengambil risiko tinggi dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil.

“Dengan keadaan ekonomi negara kita tak stabil tentulah pelabur luar takut untuk melabur RM11 juta untuk set up food hall ini dan tidak mahu mengambil risiko.

“Jadi mereka terpaksa lepaskan ruang perniagaan itu serta tiga bulan deposit yang sudah dibayar kepada pusat beli-belah tersebut. Memang rasa sayang tapi biarlah kita rugi sedikit daripada rugi banyak selepas membukannya nanti,” ujarnya.

Chef Wan menambah, walaupun tidak dapat beroperasi di tempat tersebut, mereka sudah mempunyai perancangan untuk membuka francais yang baru di bawah nama seluruh Malaysia, Singapura dan Jakarta tidak lama lagi.

Wah, itulah dinamakan rezeki. Jangan takut untuk mengambil risiko, kerana rezeki Allah s.w.t itu luas. Moga Chef Wan semakin berjaya dalam dunia masakan dan menjadi contoh untuk semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s