Sharifah Sakinah Tidak Mahu Media Hadir Di Majlis Akad Nikahnya?

Terbaru, kenyataan yang dibuat oleh Sharifah Sakinah menimbulkan tanda tanya dikalangan pihak media. Mana taknya, bila Kina buat keputusan untuk tidak membuat sebarang liputan media di hari bersejarahnya yang akan berlangsung tak lama lagi.

Katanya, dia sudah belajar dari pengalaman majlis perkahwinan kakaknya sebelum ini. Dia dan bakal suami, Aliff Adha hanya ingin melalui detik tersebut dengan tenang.

Ikut Sakinah lagi, majlis itu terpaksa dilakukan secara tertutup kerana dia mahu saat-saat bersejarah itu dikongsi bersama ahli keluarga, rakan-rakan terdekat, dan kedua-dua belah pihak sahaja. Jelasnya lagi ;

“Bukan kerana saya tidak mahu berkongsi dengan media dan peminat, cuma saya tidak mahu majlis tersebut akan jadi kelam kabut dan masa bersama keluarga serta rakan-rakan akan terjejas. Kalau boleh, saya mahu mereka semua berada di sisi saya dan berkongsi perasaan ketika itu,” ujarnya.

“Saya dah pernah lalui ketika kakak saya dan rakan artis lain yang terlalu sibuk selepas majlis akad dengan sesi temuramah media sehingga mereka tiada masa untuk keluarga dan rakan yang datang. Saya tidak mahulah jadi begitu kerana selepas akad nikah kami semua akan pergi makan bersama-sama,” ujarnya.

Berhubung perkara tersebut, tambah Kina, dia tetap akan berkongsi hari bahagia tersebut bersama pihak media tapi pada majlis resepsinya pada 4 April di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF). Selain itu, dia akan turut mengadakan beberapa majlis khas untuk rakan-rakannya.

MiG Online rasa mungkin betul juga apa yang dirancang Sharifah Sakinah itu. Dia hanya mahukan lebih ‘privasi’ di majlis akad nikahnya nanti. Apapun, MiG Online doakan majlis tersebut berjalan dengan lancar okay?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s