Kemunculan Semula Kumpulan Spin Dalam Industri?

Kumpulan Spin diakui cukup dikenali dan popular dengan lagu-lagu balada sekitar tahun 1998 hingga 2000 di bawah naungan Syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC).
Lagu -lagu seperti ‘Mengusung Rindu’, ‘Janji Kita’, ‘Utusan Rindu’, ‘Hadirlah Mustika’ masih menjadi siulan ramai hingga ke hari ini. MiG Online tau ramai yang masih mengingati bait-bait lirik lagu-lagu tersebut kan?
Berita tentang kehilangan vokalis asal Achik yang telah kembali ke Rahmatullah, buatkan ramai peminat merindui lagu-lagu dari kumpulan Spin. Spin juga terus menyepi dan seakan hilang begitu saja dari industri hiburan tanahair.
Namun, pada tahun 2015 ini bakal menyaksikan kumpulan Spin aktif semula dengan vokalis baru iaitu Awis yang merupakan adik kepada Arwah Achik Spin. Suara Awis pun boleh dikatakan mampu menandingi kehebatan vokal abangnya dan video nyanyiannya boleh korang dengar di akaun Youtube, AieSPIN7.
Setahu MiG Online, kumpulan ini juga sudah mendapat tawaran persembahan di Singapora pada 4 April ini dan di Brunei pada hujung tahun ini. Mereka juga akan mengadakan persembahan ‘Santai bersama Spin’ pada 18 April di Hectic Cafe plaza KL.
Pasti semua peminat ternanti-nanti dengan kemunculan semula “Spin” di dalam industri muzik. Terubatlah sedikit rindu dengan lagu-lagu yang pernah meniti di bibir anak muda suatu masa dulu. Moga kumpulan Spin yang diterajui oleh adik kepada Allahyarham Achik, membawa kumpulan mereka setanding dahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s