“Jericho Rosales Malaysia” Bakal Nikahi Kekasih?

Syukri Yahaya, seorang pelakon yang mula dikenali dalam dunia lakonan. Sering digelar dengan panggilan “Jericho Rosales Malaysia” gitu. Nampak aje sama, tapi bukan dia tau, hehe. Namanya kini semakin disebut-sebut kerana lakonannya sedang ditayangkan dalam drama bersiri “Asam Pedas Untuk Dia” di TV3.

Yang terbaru, katanya Syukri ada meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya, Tya Adnan. Sama cantik, sama padan pasangan ini kan. Sebelum ini mereka sudah pun mengikat tali pertunangan.

“InsyaAllah, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Memang saya merancang untuk berkahwin sama ada hujung tahun ini atau pertengahan tahun depan”.

Pertemuan di set penggambaran bersama Tya, telah menimbulkan bibit cinta dan telah berkasih sayang selama tiga tahun.

“Sudah tiga tahun saya berkawan dengan dia. Kami berkenalan di lokasi penggambaran. Ketika itu, saya sedang shooting. Dia datang ke set penggambaran dan daripada situlah kami berkawan sehingga ke hari ini”.

Mungkin kisah percintaan Shukri Yahaya dan Tya Adnan jarang sekali diperkatakan di akhbar ataupun slot hiburan, tetapi sebenarnya mereka sudah popular dikalangan pengikut di Instagram.

Mudah-mudahan segala yang dirancang akan berakhir mengikut perancangan. MiG Online pun tak sabar nak tengok korang bersanding atas pelamin nanti. Jangan lupa jemput MiG Online ok. Tahniah sekali lagi untuk Syukri Yahaya dan Tya Adnan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s