Lana Nordin Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

Pelakon dan aktres cantik yang sebelum ini agak kontroversi dengan imejnya yang seksi, Lana Nordin, katanya bakal mengumumkan tarikh kahwinnya tak lama lagi. Alhamdulillah, MiG Online tengok banyak perubahan Lana selepas mengerjakan umrah.

Namun, gelaran “Pamela Anderson Malaysia” ni memang dah sebati dengan Lana setahu MiG Online. Mungkin kerana gayanya yang ala-ala Pamela itu yang membuatkan dia digelar oleh peminat. Bila ditanya tentang majlis berkenaan Lana enggan mendedahkan secara terperinci kerana mahu mendedahkan segala kejutan itu pada tarikh berkenaan, jelas Lana ;

“Datang saja sidang media itu nanti, saya akan jelaskan segala-galanya,” katanya ringkas.

Tambahnya lagi, dia berkata akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur bagi mengumumkan perkahwinan pada hari Rabu depan. 

Apapun, berdasarkan informasi, tarikh majlis perkahwinan yang dirancang ialah pada Mei tahun ini. Seronok bila dengar seorang lagi artis tempatan kita bakal menamatkan zaman bujangnya. MiG Online rasa mungkin sudah sampai masanya Lana berumahtangga. Semua peminat akan mendoakan kebahagiaan Lana bersama pasangan. Tapi siapa agak-agaknya jejaka yang berjaya menambat hati Lana tu? Kita tunggu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s