Nora Danish “Isteri Untuk Dijual”?

Sebuah lagi filem terbitan Metrowealth bakal menemui korang. Hah, untuk pengetahuan, filem terbitan yang ke-111 ini mempunyai keistimewaan dari filem-filem yang lain.

Filem yang terbaru ini bergenre romantik komedi iaitu “Isteri Untuk Dijual“. Dengar tajuk pun dah menarik kan? Walaupun sebelum ini MiG Pictures banyak menghasilkan filem-filem yang bergenre romantik, tapi filem ini memang lain dari yang lain.

Apa yang lain? Kalau korang nak tau buat pertama kalinya MiG Pictures menggandingkan Nora Danish dan Kamil Adli sebagai hero dan heroin dalam filem “Isteri Untuk Dijual. Selain itu juga, kita bakal menampilkan buat kali pertama di layar perak iaitu Vicha dari Kumpulan Saywho dan juga bakat baru dari MiG Talent iaitu Azwan Kombos dan Anam Azizani.

Filem romantik komedi ini diarahkan oleh seorang pengarah yang berbakat iaitu Eyra Rahman. Beliau telah menghasilkan karya-karya seperti Aku Terima Nikahnya, Awak Nak Kahwin dengan Saya, Pengantin Malam , Dua Kalimah dan banyak lagi.

MiG Online pasti “Isteri Untuk Dijual” bakal buat korang merasakan kasih sayang di antara suami isteri.

Semalam berlangsungnya majlis pelancaran dan doa selamat untuk filem “Isteri Untuk Dijual” yang diadakan di Wisma Metrowealth. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa rakan media.

Terima kasih diatas sokongan yang tidak berbelah bagi dalam menyokong industri perfileman Malaysia. Moga industri hiburan tanah air akan terus maju dan berjaya pada masa akan datang. Jom kita layan beberapa foto disekitar majlis pelancaran “Isteri Untuk Dijual” ;

One thought on “Nora Danish “Isteri Untuk Dijual”?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s