Tempat Cantik Tapi Seribu Satu Kejadian Menyeramkan?

Mesti semua tertanya-tanya, ada ke pantai yang cantik dan nyaman dikatakan sebagai lokasi yang menyeramkan? Sebenarnya ada, bukan semua pantai mampu mengembirakan pengunjungnya. Jom kita intai pantai mana yang menyeramkan tu. Tapi jangan terkejut, sebenarnya terdapat 4 pantai dikatakan mempunyai suasana yang amat menyeramkan dan berhantu walaupun keindahannya sangat menakjubkan.

Menurut sebuah blog tempatan, pantai-pantai ini mempunyai kisah dan kejadian misteri mereka yang tersendiri hingga membuatkan orang ramai takut untuk mengunjunginya.

1 :PANTAI KAUPOA, HAWAI

Dahulu pantai ini sangat popular sebagai lokasi yang harus dikunjungi oleh para pelancong. Namun sejak terjadinya pekara-pekara aneh seperti kedengaran suara kanak-kanak yang menyeramkan pantai ini menjadi tidak terurus dan terus dilupakan.

2 : PANTAI DUMAS , INDIA

Ia terletak 21 KM dari kota Surat, Gujarat India. Pantai ini menjadi salah satu tempat mayat sering dijadikan sebagai lokasi untuk majlis pengebumian atau apa sahaja ritual yang melibatkan kematian. Ramai pengunjung mendakwa mereka terdengar bisikan-bisikan halus menyeramkan ketika berjalan di sekitar pantai ini.

3 : PANTAI CHANGI, SINGAPURA

Pantai ini sangat popular dijadikan sebagai tempat beriadah oleh keluarga tempatan. Di sebalik suasana menyamankan, pantai ini pernah menjadi sejarah yang menyeramkan. Ia pernah dijadikan sebagai lokasi pembunuhan askar jepun semasa perang dunia ke-2. Di zaman Sook Ching Massacre, ribuan orang Cina yang menentang askar jepun akan dibunuh dan di seksa di kawasan ini.

Oleh itu pantai ini pernah disenaraikan dalam salah satu lokasi paling menyeramkan di Asia. Sehingga hari ini, ramai pengunjung mengatakan terdengar suara-suara jeritan yang aneh dan misteri terutamanya diwaktu malam. Sejauh mana kebenaran itu, hanya mereka yang pernah lalui sahaja yang tahu.

4 : PANTAI MOSS, CALIFONIA

Penampakan lembaga bersusuk seperti wanita sering dikaitkan dengan pantai nan membiru ini. Ia terletak di California USA dan di kenali sebagai Pantai Moss oleh penduduk tempatan. Ada pengunjung mengatakan mereka sering ternampak kelibat wanita berpakaian biru di lokasi tersebut.

Menurut cerita penduduk di kawasan itu, pada tahun 1930-an, seorang suri rumah yang cantik dan suka berpakaian berwarna biru telah menjalinkan hubungan dengan seorang pemain piano. Mereka berdua sering bertemu secara rahsia di pantai tersebut. Tindakan sulitnya itu telah di ketahui oleh suaminya lalu wanita tersebut dibunuh di pantai yang sama. Di khabarkan rohnya sering berkeliaran dan menjadi tidak tenteram sejak kejadian itu.

Tapi bukan pantai je yang mempunyai kisah yang menyeramkan. Jalan yang kemungkinan korang lalu pun turut mempunyai kisah yang sama. Terutama Jalan Di Puncak Alam. “Jalan Puncak Alam” jalan yang bakal menemui korang tak lama lagi. Himpunan kisah seram sebenar disebatang jalan yang penuh misteri. Kejadian benar bakal korang saksikan pada 7 Mei 2015 nanti. Tunggu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: