“Filem-Filem Seram Di Malaysia”

Filem-filem tempatan kini lebih gemar mengikut citarasa penonton dimana kebanyakkan penonton gemar menonton filem seram. Sekaligus membuatkan industri filem tempatan banyak melahirkan filem dan unsur seram dalam setiap cerita.

Antara filem-filem seram yang telah menghantui korang iaitu Gudang Kubur, Bangunan, Vila Nabila, dan Puaka Balai Gombak. Ada diantara korang tak tengok lagi? Jom MiG Online kongsi sikit sinopsis semua filem seram ni.

1. Gudang Kubur

Filem Gudang Kubur mengisahkan pasangan suami isteri Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra  (Nora Danish) yang mengalami pelbagai kejadian mistik selepas membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubinnya. Tuan Anwar, seorang pemilik gudang tidak menyangka dia menjalankan perniagaan di atas tanah kubur. Mereka tidak menduga bahawa gudang tersebut menyembunyikan satu rahsia sehingga menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Kehadiran pasangan ini juga tidak disenangi ‘sesuatu’ yang sekian lama mendiami gudang kosong itu.Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumah tangga mereka goyah.
2. Vila Nabila

Peristiwa misteri kehilangan seorang remaja di Villa Nabila pernah menjadi siulan di kalangan masyarakat dan ianya difilemkan di layar perak hasil usaha pengarah muda Syafiq Yusof. Syafiq Yusof sebelum ini pernah menghasilkan dua buah filem hebat iaitu SAM dan Abang Long Fadil. Filem Villa Nabila bakal ditayangkan di pawagam mulai 15 Januari 2015 lakonan Pekin Ibrahim dan Tisha Shamsir.

3. Bangunan

Filem Bangunan mengisahkan tiga orang pelakon Khir Rahman, Sein dan Aqasha yang sedang menyiapkan produksi sebuah filem. Setelah mengetahui tentang kisah aneh di sebuah bangunan, mereka mengubah filem itu ke arah kisah aneh tersebut. Mereka cuba merakam kewujudan makhluk halus dan menyampaikan kisah misteri orang-orang yang hilang di dalam bangunan tersebut. Filem Bangunan bergenre seram dibintangi oleh Khir Rahman, Syed Hussien, Aqasha, Osh, Yusran Hashim, Azmi Musa, Wan Shahidi dan ramai lagi diterbitkan oleh Excellent Pictures.

4. Puaka Balai Gombak

Orang ramai percaya tempat yang ditinggalkan lama dan pernah berlaku tragedi seperti kematian adalah tempat yang berpuaka. Puaka X sering melanggar pantang larang di kawasan-kawasan yang dikatakan ‘keras’. Mereka menggunakan tagline ‘Kasi Redah’ dan menyahut cabaran kumpulan lain untuk menyiasat lokasi yang paling keras di Malaysia.Puaka X yang tidak percaya akan kewujudan hantu semakin galak mencabar mereka diluar sana untuk membuktikan keberanian mereka.Suatu hari, mereka menerima cabaran dari seseorang yang tidak dikenali menerusi emel. Mereka dikehendaki ke kawasan yang paling keras iaitu Balai Gombak. Tanpa mereka sedari, ada sesuatu yang sedang menanti mereka di sana.

Banyak genre seram yang sering difilemkan kerana ianya bagaikan satu fenomena terkini. Selain itu juga, MiG Pictures dan Mangkin Prestij bakal menghantui penonton sekali lagi dalam filem terbaru iaitu “Hantu Bungkus Ikat Tepi” dan “Jalan Puncak Alam”. Filem bergenre seram ini sebuah filem yang tentunya lain dari seram yang sebelum ini. Pastinya ia lebih menggerunkan.

Jangan lupa, 9 April 2015 (Hantu Bungkus Ikat Tepi) dan 7 Mei 2015 (Jalan Puncak Alam) bakal menghantui korang nanti. *mengilai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s