Adi Putra Terlantar Di Hospital?

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon berbakat besar Adi Putra ni kan? Pelakon yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi tidak kira semasa penggambaran, dalam lakonan mahupun dalam mempromosikan filemnya.

Terbaru, menerusi laman sosial Facebook milik isterinya iaitu Aida Yusof, Adi Putra masih memakai baju T-Shirt filem “Isyarat Cinta” walaupun sedang terlantar sakit dan ditahan di hospital.

Gambar tersebut juga menjelaskan seperti pelakon ini sedang berehat. MiG Online tidak pasti dan masih tiada maklumat mengenai apakah sebab utama dia dimasukkan ke dalam hospital. Untuk makluman, sebelum ini juga Adi Putra pernah dikejarkan ke hospital kerana menghidap masalah kesihatan pada Ogos, tahun lalu.

Kalau korang pengikut setia instagram @ADP_ADIPUTRA mesti korang ada mengikuti perkembangan pelakon kacak ini yang sentiasa bertemu peminat bagi membuat promosi filem “Isyarat Cinta” yang telah ditayangkan pada 19 Mac lepas.

MiG Online doakan agar kesihatan hero pujaan ramai ini cepat pulih seperti sedia kala dalam melakukan tugas harian seperti biasa.  Sama-samalah kita doakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s