Chacha Maembong Nafi Badan Susut?

Dalam perkembangan terbaru, adik kepada selebriti Emma Maembong iaitu Chacha Maembong baru sahaja menjalani penggambaran drama bersiri Ema Emyliana dan bakal memasuki set lokasi penggambaran musim terbaru ‘Oh My English’.
Jika melihat dari penampilan terbaru Chacha Maembong di Anugerah Meletop Era (AME2015) yang lalu, gadis manis itu kelihatan lebih kurus berbanding penampilan awalnya dalam dunia hiburan. Adakah berat badannya susut kerana kecewa atau merajuk?
“Eh, bukanlah kerana kecewa atau merajuk dengan sesiapa. Secara jujurnya, saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa diet. Mungkin saya kelihatan susut kerana sibuk bekerja. Tapi saya sendiri makan macam biasa, tetapi kadang-kadang terlepas juga untuk makan kerana sibuk di lokasi,” ujarnya.
 Tidak perasan dengan perubahan tubuh badannya sendiri, Chacha sedar dengan perkara itu apabila ada rakan-rakan yang menegur mengenai berat badannya yang susut.
“Saya sendiri tak perasan berat badan saya susut. Bila orang tegur baru saya sedar. Saya sendiri tak rasa apa-apa langsung kerana saya menjalankan kehidupan seperti biasa, pergi ke set penggambaran, berlakon dan kadang-kadang saya bersenam untuk mengekalkan stamina dan sebagainya. Kondisi berat badan saya tidak stabil, saya senang untuk naik berat badan dan senang juga untuk turun,” kata Chacha lagi.
Dalam pada itu, Chacha juga mengumumkan yang dia kini sudah bernaung di bawah syarikat pengurusan artis yang dikelolakan oleh Melaka Boy. Emma Maembong juga turut berada dibawah pengurusan yang sama.
“Syukur, semua berjalan lancar. Pihak pengurusan baru sangat mengambil berat mengenai artis mereka. Mereka sangat membantu untuk menguruskan saya, sebagai contoh jika saya ada masalah seperti saya tiada kenderaan untuk ke lokasi penggambaran, mereka akan mengambil saya di rumah. Walaupun baru, sudah ada banyak tawaran yang saya dapat menerusi pengurusan baru ini, ujarnya lagi.
 Alhamdulillah, semakin banyak tawaran lakonan yang Chacha dapat sejak dua menjak ni kan, inilah yang dikatakan rezeki. Moga bakat yang dimiliki, akan terus menyinari industri dunia hiburan tanahair.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s