Diana Rafar Masih Sayangkan Zamarul?

Sebelum ini telah diketahui umum yang pasangan Diana Rafar dan Zamarul Hisyam telah membuat keputusan untuk bercerai talak satu pada Januari lalu. Namun, tanpa disangka ramai peminat yang mendoakan hubungan mereka bersatu semula dan perkara ini sedikit sebanyak telah menyentuh hati pelakon tersebut.

Selama penceraian yang telah terjadi atas dirinya dan juga bekas suami, mereka menganggap tempoh penceraian ini sebagai tempoh untuk bermuhasabah diri. Selain itu juga, dia turut menyerahkan semuanya pada takdir dan menerima jika ada rezeki bersatu semula.

“Jika mahu cakap bab rujuk semula, saya rasa pihak lelaki lebih hak untuk bersuara. Bagi saya, jika ada rezeki, bersatu balik. Saya terima sahaja qada dan qadar daripada Allah. Doakan yang terbaik buat kami,” ujarnya.

Tambah Diana lagi, dalam pada dia berduka dengan semua ini, masih ramai yang memberi sokongan terhadapnya dan betul-betul merasai bahawa peminat yang menyokongnya selama ini betul-betul menyayanginya dan turut mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

Diana sempat menasihatkan kepada semua agar sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling, mahupun sesiapa yang hadir dalam hidup kita, contohnya individu ketiga. Kadang-kadang orang yang kita percayai turut mempunyai agenda terhadap diri kita.

Apa-apapun, MiG Online doakan yang terbaik untuk Diana membuat segala keputusan, diharapkan moga semuanya berjalan lancar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s