Malam Berinai Sharifah Sakinah Turut Diadakan Mandi Bunga?

Pelakon, Sharifah Sakinah bakal mengadakan majlis pernikahan pada 28 Mac ini. Dengar kata persiapan Kina sebelum menjadi pengantin disambut meriah oleh rakan-rakan baiknya.

Semalam, Kina telah mengadakan majlis malam berinai dan mandi bunga bersama keluarga dan rakan-rakan rapatnya. Yela, tak lama lagi nak jadi ratu sehari kan, mesti lah nak manjakan diri dengan mandi bunga. Setahu MiG Online lah kan, tujuan mandi bunga ini adalah untuk naik kan seri wajah bakal pengantin. Gitu!

Antara rakan artis yang turut menghadiri dan meraikan majlis tersebut ialah Elfira Loy, Nabila Huda, Tasha Shila, Marsha dan ramai lagi. Tapi yang MiG Online tak berapa nak faham, pengarah Michael Ang pun ada dan siap join mandi bunga sekali ok, hehe. Daripada pemerhatian MiG Online, majlis tersebut diadakan, adalah untuk mengeratkan hubungan antara mereka.

Seronok bila tengok keakraban, Sakinah yang betul-betul menghargai persahabatan rakan-rakan yang rapat dengannya. Baru malam berinai, belum majlis bersejarahnya nanti, tak sabar MiG Online nak tunggu apa pula yang bakal Kina dan Aliff buat persediaan, mesti ada persiapan yang lain dari yang lain kan?

Apa-apa pun, semoga segala perancangan yang dah dibuat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan bagi bakal mempelai ini. Jom kita tengok lagi gambar di sekitar malam berinai Sharifah Sakinah ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s