Nora Danish Bersyukur Kafenya Tidak Dirompak?

Pelakon filem “Hantu Bungkus ikat Tepi” yang bakal ditayangakan pada 9 April ini, iaitu Nora Danish baru-baru ini dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan apabila dikatakan salah satu butik yang berada di sekitar Bangsar telah dirompak pada minggu lalu. Ini kerana kawasan tersebut merupakan lokasi terletaknya kafe milik Nora, Kafe & Xoxo yang akan dibuka pada 27 Mac ini.
“Bila mendapat berita itu, saya terus ke sana dan memeriksa barangan dan peralatan yang bakal digunakan untuk operasi kafe saya nanti. Nasib baiklah tiada satu pun yang hilang dan diambil. Malah, koleksi jubah yang saya jual juga masih ada,” ujar Nora.
Dalam pada itu, Nora turut berkongsi mengenai pembukaan cafenya itu. Menurut Nora, bisnesnya itu telah mengeluarkan belanja lebih RM100,000 bersama rakannya.
“Bayangkan kalau barang-barang membuka kafe tersebut dicuri, musnah impian saya untuk menjalankan perniagaan.
 
“Sudahlah baru hendak beroperasi, tiba-tiba pula terpaksa berhadapan dengan perkara sebegini. Malah saya sendiri baru sahaja membawa perabot dan barangan lain ke kafe tersebut dan masih dalam proses menghias,” katanya.
Alhamdulillah, rezeki masih berpihak pada Nora. MiG Online doakan moga majlis pelancaran kafe yang bakal dibuka akan berjalan dengan lancar ok? Goodluck!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s