Hairul Azreen Tak Hadirkan Diri Di Majlis Pertunangannya?

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pertunangan pelakon cantik Hanis Zalikha dengan jejaka pilihan hati, Hairul Azreen di kediaman aktres itu di Bukit Jelutong pada Sabtu lalu.

Tapi apa yang buat MiG Online terkejut, katanya Hairul tak hadirkan diri pada majlis pertunangannya, betul ke?

Bila diminta memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Hairul menjelaskan dia sengaja tidak hadir ke majlis pertunangannya kerana dia mahu memberi penghormatan kepada keluarganya untuk mewakilinya pada majlis itu selain ingin merasai debaran bergelar tunangan orang.

“Saya memang sengaja tidak pergi masa bertunang malah tidak muncul selepas majlis selesai berlangsung kerana ingin memberi peluang kepada keluarga terutamanya ibu untuk mengenali bakal menantunya lebih dekat.

“Sebelum ini pun saya sudah melamar Hanis dalam sebuah program siaran langsung jadi kali ini biarlah saya diwakili keluarga sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 5 Jun depan manakala majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 14 Jun.

Hairul berkata, biarpun tidak menghadiri majlis pertunangannya dia tetap berasa gementar tentang majlis berkenaan dan bersyukur semuanya berjalan lancar.

“Gementar melamar Hanis semasa dalam program Gegar Vaganza pun tidak macam ini dan macam-macam yang saya fikirkan.

“Tetapi Alhamdulillah semuanya selesai dan saya harap peminat dapat doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.

Dalam pada itu, Hairul berkata, dia sendiri meminta disatukan dengan Hanis pada 5 Jun depan kerana tidak mahu menunggu lama untuk mengahwini gadis itu.

Jelas Hairul, sebelum melamar Hanis dalam program Gegar Vaganza pada Januari lalu, dia sudah bersedia untuk ke alam perkahwinan dan tidak melihat ada sebarang sebab untuk dia melambat-lambatkan perkara yang dituntut dalam agama Islam.

“Sebelum melamar Hanis lagi saya sudah bersedia dari semua segi terutamanya dari segi kewangan dan sebab itu saya berani melamarnya.

“Atas dasar itu juga saya tidak mahu melengah-lengahkan perkara baik dan hanya mengikat tali pertunangan selama tiga bulan sahaja,” katanya.

Sementara itu, Hairul berkata, dia kini sibuk menguruskan studionya yang menyediakan set hospital untuk tujuan penggambaran drama dan filem.

Jelas Hairul, setakat ini dia menerima banyak permintaan daripada produksi untuk menggunakan set tersebut dan merancang untuk mengembangkan lagi bisnesnya itu.

“Saya sudah lima bulan tidak berlakon kerana sibuk menguruskan studio saya dan Alhamdulillah permintaan untuk menggunakan set hospital sangat tinggi daripada produksi.

“Malah saya merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan itu selain berhasrat melibatkan diri dalam bisnes lain selepas ini,” ujarnya.

Alhamdulillah, betul apa yang Hairul cakap tu. Perkara yang baik, elok sangat kalau dipercepatkan. MiG Online doakan segalanya dipermudahkan hendaknya. Tak sabar nak tengok Double H ni bersanding, hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s