Nazim Othman Buka Mulut Tentang Penyakitnya?

Buat pertama kalinya pelakon dan juga model, Nazim Othman muncul di kaca televisen dalam rancangan Apa Kata Malaysia. Setelah lama berdiam diri, Nazim akhirnya menceritakan serba sedikit tentang apa yang telah berlaku terhadap dirinya.

Kalau ada diantara korang pengikut Nazim di laman Instagramnya, mesti korang tahu sebelum ini dia sedang bergelut dengan masalah kesihatan yang dihadapi. Nazim tidak menjawab atau membalas kembali persoalan daripada peminat-peminat. Malah rakan media juga gagal mendapat jawapan dari Nazim.

“Saya ok. Sihat sejahtera. Tidak bersedih atau berduka lara seperti sangkaan ramai. Itu saja yang perlu kalian tahu. Terima kasih. 👌😉 ( berisi sebab ubat )”

Itu adalah kata-kata Nazim yang dikongsi di laman Instagramnya. Menurut Nazim di dalam Apa Kata Malaysia, 6 Mac 2015 tarikh pembedahan yang dijalankan.

“Sebenarnya bukan niat saya untuk merahsiakan. Anda tidak berada di tempat saya. Saya memang dari awal tidak suka berkongsi cerita mengenai kehidupan peribadi saya. Saya harap dengan penjelasan dari di sini, tiada lagi yang memberi spekulasi yang bukan-bukan“, kata Nazim.

“Saya sakit bermula awal tahun ini. Pembukaan tahun yang tidak berapa baik buat saya. Pada mulanya saya hanya demam. Kemudian saya jumpa doktor dan menurut doktor tidak ada perkara yang serius berlaku. Selepas itu selama sebulan saya sakit kepala. Saya tidak pernah mengidap migrain. Pelik juga sebenarnya. Jadi selepas itu baru saya check dengan doktor dengan melakukan MRI. Dan doktor mengesahkan ada sesuatu di dalam kepala saya. Ia antara bahagian mata dan hidung saya di belah kanan kepala”, tambah Nazim.

Nazim mengakui dia sangat takut setelah mengetahui dia bakal dibedah, jelasnya ;

“Saya memang sangat takut. Semasa doktor memberitahu saya perlu dibedah, pelbagai soalan yang saya soal kepada dia. Saya perlu tahu apa akibatnya selepas saya dibedah dan sebagainya. Tetapi Alhamdulillah ianya sudah selesai. Tetapi saya perlu berhati-hati kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita. Apa yang boleh saya katakan dengan apa yang berlaku, saya terima kasih kepada Allah swt kerana DIA masih menyayangi saya. DIA beri dugaan ini kepada saya supaya saya lebih dekat kepadaNya”.

Berikut  adalah sedikit kata-kata yang diambil di laman Instagram Nazim.

“Assalamualaikum brothers and sisters. I am not and will never be obligated to share details about my life to anyone or anything other than my Creator. It is my prerogative to share my personal side of life to public to a certain extent. It is my choice. If you can not understand, I do not blame you, however I suggest it is best for you to keep quiet and move along. Thank you.”

“All I need is some space and understanding in this healing period. I’m sorry I didn’t share much. I’m telling U it’s not easy to let someone crack my skull for the brain surgery although it’s for my good. So yea, some space please. If U can’t say something good and positive , I’d appreciate your silence. Thank U so much. May Allah bless us all. Amin. #nothereforsympathy #notsellingmystoryforpublicity”

MiG Online tahu Nazim seorang yang tabah dalam menerima ujian dariNya. Moga hari-hari yang mendatang tidak akan mematahkan semangat Nazim untuk terus menjadi anak seni. Percayalah, semua peminat sentiasa mendoakan menyokong Nazim Othman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s