Pesawat Airbus Germanwings Bawa 142 Orang Terhempas?

Terkejut MiG Online bila terdengar berita tentang sebuah pesawat Airbus Germanwings dilaporkan terhempas di selatan Perancis, lapor Reuters hari ini.

Pesawat Airbus penerbangan tambang murah Lufthansa, Germanwings terhempas di kawasan pergunungan Alps di selatan Perancis, hari ini, ketika dalam perjalanan dari Barcelona ke Duesseldorf.

Difahamkan, penerbangan itu membawa 142 penumpang serta dua juruterbang dan empat kru.

Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kesemua penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban dalam nahas itu.

“Pesawat itu terhempas di kawasan tepencil dan sukar dilalui,” katanya.

Sementara itu, jurucakap perbadanan penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat A320 itu terhempas berhampiran bandar Barcelonnette yang terletak kira-kira 100 kilometer utara Nice, Perancis.

Pasukan mencari dan menyelamat dalam perjalan ke lokasi nahas, katanya lagi.

Tambah jurucakap pengendali lapangan terbang Sepanyol, Aena berkata pesawat itu berlepas dari Barcelona pada 8.55 pagi GMT (4.55 petang Malaysia).

Airbus dan Germanwings bagaimanapun menyatakan bahawa pihak mereka memerlukan masa untuk mengumpulkan maklumat seterusnya mengesahkan kejadian tersebut dan bakal mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. MiG Online ingin mengucapkan takziah buat keluarga mangsa nahas Pesawat Airbus Germanwings. Moga pencarian penumpang dan anak kapal dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s