Syafiq Kyle Nafi Pukul Uqasha Kerana Orang Ketiga?

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba muncul tuduhan, katanya Syafiq Kyle ada memukul kekasihnya, Uqasha Senrose yang menyebabkan kini hubungan mereka telah berakhir.
Shafiq dituduh memukul Uqasha sehingga wanita berkenaan mengalami kecederaan pada wajah.

“Tidak ada gunanya saya menghabiskan tenaga dengan melayan gosip murahan seperti itu kerana saya sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya asas cerita berkenaan.

“Banyak benda yang tidak benar dilaporkan tentang saya dan yang terbaharu ini tiada bezanya kerana ia remeh dan mengarut,” katanya.

Bila ditanya tentang komen peminat tersebut yang mendakwa Syafiq adalah seorang kaki pukul, Syafiq mengulas dia tidak pasti apakah motif sebenar disebalik dakwaan tersebut tapi komen tersebut langsung tidak membuat Syafiq risau, tambah Syafiq ;

“Pihak yang buat dakwaan itu nampaknya tidak mengenali saya secara peribadi dan atas dasar apa dia buat dakwaan seperti itu?” soalnya.

Ikut kata jejaka itu lagi, hubungannya dengan Uqasha masih berjalan seperti biasa. Tidak seperti dakwaan tersebut yang mengatakan mereka sudah berpisah.

Malah, dakwaan kononnya Uqasha kini sudah menemui pengganti dengan seorang pelakon baru yang dikenali sebagai Ben Ali juga adalah tidak benar dan lelaki berkenaan adalah sahabat baik Uqasha.

“Uqasha dan Ben sudah berkawan baik sebelum kami kenal lagi malah saya sendiri rapat dengan pemuda itu.

“Dakwaan mereka bercinta adalah tidak benar dan gosip itu saya anggap bersifat kebudak-budakkan kerana ia hanya berdasarkan telahan tanpa sebarang bukti kukuh,” ujarnya.

Kalau betul dakwaan tersebut, takkan lah Uqasha Senrose hanya berdiamkan diri kan. MiG Online pun tak menyebelahi mana-mana pihak. Harapnya, perkara tersebut adalah tidak benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s