Rebut Kekasih Tasha Shila, Kaka Ada Sebab Tak Hadir Majlis Sharifah Sakinah

Sebelum ini ada desas-desus yang mengatakan penyanyi Kaka Azraff adalah punca hubungan percintaan Tasha Shilla dan kekasihnya Hans berantakan. Tapi Kaka telah menafikan gosip tersebut, dan memberi kenyataan dia tiada masalah dengan pasangan tersebut, kerana dia hanya pernah berjumpa Hans sekali saja, mana mungkin dia dituduh sebagai perampas. Tambah Kaka, hubungan antara Tasha dan dia masih baik.

Tapi yang MiG Online agak hairan kenapa Kaka tidak muncul pada malam berinai pelakon Sharifah Sakinah pada 21 Mac lalu? Sedangkan sebelum ini Kaka dan Tasha Shilla merupakan antara rakan baik yang pernah mengikut Sharifah Sakinah bercuti di Bali bagi meraikan pesta ‘Bridal Shower’ pelakon itu pada Januari lalu.

Bita ditanya Kaka, antara penjelasannya ;

“Bukan saya tidak mahu datang tetapi ketika majlis itu berlangsung saya sedang menjalani penggambaran drama. Bukan majlis itu sahaja, majlis resepsi Hanez Suraya pun saya tidak dapat datang.

“Saya tidak pernah berniat untuk mengelak daripada siapa pun termasuk Tasha Shilla kerana saya tahu bahawa saya tidak bersalah dalam hubungan mereka,” ujarnya.

Tambah Kaka lagi, dia enggan mengulas panjang tentang gosip tersebut berikutan ia adalah satu fitnah yang berat buat dirinya.

“Saya tidak mahu cakap banyak tentang perkara itu dan biar Hans dan Tasha yang buka mulut menjelaskannya, lagi pun saya dengar mereka sudah berbaik semula.

“Saya anggap khabar angin ini hanyalah satu fitnah dan satu hari nanti orang akan tahu kebenarannya,” ujar Kaka.

Selain itu, tentang perkembangan terbaru Kaka, Kaka kini sedang mempromosikan lagu terbarunya bersama Sleeq. Lagu terbarunya, Bukan Hal Aku adalah genre yang sangat menepati citarasa Kaka.

“Saya seorang peminat lagu hip-hop dan lagu Bukan Hal Aku ini benar-benar kena dengan jiwa saya.

“Lagu ini santai didengar dan ia menceritakan tentang perjalanan kerjaya nyanyian saya juga dalam industri,” katanya.

Apapun, MiG Online doakan karier Kaka akan terus berkembang dalam industri hiburan dan nyanyian. Lumrah sebagai seorang artis memang akan timbul gosip sebegitu. Harapnya Kaka tidak terlalu cepat melatah, selamat maju jaya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s