Awal Mengamuk Bila Ditegur Soal Anak?

Rumahtangga Awal dan Scha semakin bermakna dengan kehadiran puteri pertamanya, Lara Alana. Tapi baru-baru ni dengar kata Awal Ashaari mengamuk di laman sosial untuk mempertahankan anaknya yang dikritik oleh peminat tentang cara-cara untuk mancungkan hidung. Siapa yang tak mengamuk dek oi kalau ditegur tentang fizikal anak?

Scha memberitahu tindakan Awal Ashaari naik berang adalah kerana tidak dapat mengawal perasaan marah.  Tambahnya lagi, suaminya merupakan seorang yang mudah terasa hati  terutama apabila melibatkan orang yang tersayang.

“Awal seorang yang mudah menunjukkan ekspresi yang dia rasa, kalau marah dia akan tunjukkan, begitu juga kalau sayang pun kita boleh nampak cara dia. Itu memang dia.

“Berbeza dengan saya, kalau ikutkan memang saya pun geram bila ada yang beri komen begitu. Tetapi saya tidak suka tunjuk dan layan perkara itu,” ujarnya.

Antara komen peminat tersebut ialah petua untuk Awal agar kerap mengurut hidung anaknya supaya kelihatan lebih mancung.

Scha berkata lagi, dia malas mahu melayan kritikan dan komen pengikut laman sosial itu yang dianggap boleh menjatuhkan moral mereka sebagai ibu bapa.

Saya anggap perkara itu sebagai lumrah sejak wujudnya Instagram dan bagi saya ia lebih banyak kepada hentaman. Apa sahaja gambar yang dimuatnaik pasti ada sahaja yang mereka kritik termasuklah fizikal Lara.

“Apa yang saya cakap dengan Awal, kita tidak tahu siapa mereka yang kritik itu dan bagaimana mereka dibesarkan, jadi kalau kita layan moral kita akan jatuh,” katanya.

Betul penjelasan Scha tu, cukup tepat dan padat. Keyboard warrior zaman sekarang terlalu pandai memberi nasihat tanpa memikirkan perasaan orang yang dikritik. Takpelah, anggap je lah ini sebagai lumrah insan seni. Bersabar je lah ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s