“Moga Lana Berbahagia Bersama Lelaki Pilihannya” – Johan As’ari

Pelakon, Johan As’ari yang sebelum ini pernah rapat dan menjadi pasangan kekasih dengan Lana Nordin katanya  mengucapkan selamat berbahagia buat Lana Nordin yang bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.

Pasangan tersebut baru saja mengumumkan tarikh bersejarahnya semalam, di satu sidang akhbar yang berlangsung di Hotel Istana.

Bila ditanya tentang Johan As’ari tentang perkhabaran ini, jelasnya dia tumpang gembira dan mendoakan mereka akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

“Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya.

“Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat,” katanya.

                                          Lana dan Johan ketika menghadiri Anugerah Skrin pada 30 November lalu.

Ikut kata Johan lagi, walaupun jodoh mereka tidak kesampaian tapi dia tidak pernah menyimpan dendam atau benci terhadap Lana sebaliknya menganggap kehadiran wanita itu banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan.

“Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik.

“Meskipun tiada jodoh diantara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya.

Selain itu, Johan berkata, dia akan menghadiri majlis perkahwinan Lana sekiranya wanita itu menjemputnya untuk memeriahkan acara itu nanti.

“Insya-Allah sudah pasti saya akan datang jika dijemput untuk berbuat demikian,” katanya.

MiG Online doakan moga satu hari nanti Johan As’ari pun akan bertemu jodoh dengan gadis pilihan hati. Mungkin selepas ini giliran Johan pula yang naik pelamin, siapa tahu kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s