(Tahniah) Najwa Mahiaddin Selamat Bergelar Isteri

Penyanyi, Najwa Mahiaddin yang popular dengan lagu “Senyum” telah selamat  bergelar isteri kepada Idris Koh Keng Hui di majlis pernikahan mereka yang telah berlangsung tadi.
Melalui gambar yang dimuatnaik di akaun Facebook Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga bapa kepada Najwa, beliau sendiri telah menyempurnakan majlis akad nikah tersebut.
“Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana baru selesai tadi acara akad anak perempuan saya Najwa dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui.
 
“Kepada Idris dan Najwa, selamat menempuh alam rumahtangga. Najwa, jadilah seorang isteri yang solehah, berilah ketaatan kepada suami, jagalah budi pekerti dan akhlak sebagai seorang isteri serta taatilah Allah sepanjang hidupmu.
 
“Ayah dan Mama telah mendidik dan mengasuh sebaik mungkin untuk menjadikan Najwa anak yang solehah dan berjaya.
“Ayah dan Mama mendoakan semoga Allah memberikan ketabahan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu berdua hingga ke syurga,” tulisnya.
Tersentuh MiG Online dengar ucapan yang ikhlas  lahir dari hati dari seorang bapa. MiG Online pun ingin ucapkan sekalung tahniah buat pasangan merpati dua sejoli ini, moga pernikahan Najwa dan Idris bahagia hingga ke akhir hayat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s