Anita Sarawak Masih Sah Isteri Mahathir?

Sejak akhir-akhir ini, diva Anita Sarawak semakin menjadi sebutan setelah sekian lama menghilangkan diri tanpa khabar berita. Tapi ada pula kenyataan yang tak enak didengar bila dikhabarkan Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir Abdullah telah berpisah. Dan katanya sekarang ini, beliau kembali menyanyi di Las Vegas.

Adik-beradik mana yang akan berdiam diri kalau isu ahli keluarga jadi sebutan ramai kan? 

Namun, adik kepada penyanyi itu iaitu Noorkumalasari tampil memberi penjelasan. Katanya, pada akhir dua bulan lalu, dia baru menelefon Anita Sarawak dan Anita memberitahunya berita berkenaan adalah fitnah semata-mata, khabar angin ini bukan satu perkara baru.

“Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar”.

Noorkumalasari Nafikan Anita Sarawak Cerai - ROTIKAYA

“Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya,” jelasnya.

Beliau turut menambah yang Anita Sarawak tidak bercadang untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat kerana selesa menjalani kehidupan di Las Vegas dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa ketika ini.

Tak baik siapa yang buat cerita mereka dah berpisah tau. MiG Online suka dengan cara Anita Sarawak dengan suaminya, masih romantik lagi walaupun sudah berusia. Moga hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s