Nabil Bagi Nama “Leyla Medyna”, Atas Permintaan Anak Sulungnya?

Baru-baru ini Nabil Ahmad dan isterinya, Zira, baru sahaja menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Leyla Medyna. Nabil melahirkan rasa bersyukur dengan kelahiran orang baru dalam keluarganya. Dalam masa yang sama, Nabil menjelaskan dia tidak kisah berkongsi gambar peribadi anaknya dengan peminat.

“Saya tak kisah pun nak kongsi gambar anak saya selepas bersalin, cuma saya mohon doalah yang baik-baik untuk anak saya, saya faham ada segelintir selebriti tempatan yang tak mahu share gambar anak. Bagi saya, ia adalah hak masing-masing sama ada mahu share atau pun tak,” katanya.

Ikut Nabil lagi, tujuan dia berkongsi gambar adalah untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat yang telah sekian lama menyokongnya dalam industri tempatan. Baginya, itu semua adalah rezeki Allah S.W.T kepadanya.

“Alhamdulilah, semua rezeki Allah, saya beri nama Leyla ni sebabkan anak sulung saya Naira, saya tanya dia nama apa nak bagi pada adik, Naira jawab Leyla. Naira ni kalau sebut pelat sikit tapi bila tanya untuk nama adiknya lancar pulak sebutannya, jadi saya ikut sahajalah permintaannya,” ujarnya.

MiG Online yakin, Nabil dan isteri tentulah orang paling gembira bila dapat menyambut kelahiran individu baru dalam keluarga. Moga Leyla Medyna dikurniakan kesihatan yang baik,  sihat tubuh badan dan seterusnya menceriakan mereka sekeluarga🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s