Shahrol Shiro Nafi Bertunang Beberapa Bulan Lalu?

Kalau sebelum ini dia adalah seorang pelawak, tapi sekarang Shahrol Shiro turut dikenali sebagai penyampai radio Era FM. Ahamdulillah, makin bertambah rezeki Shahrol sejak bergelar anak seni ni.

Tapi harini, Shahrol tampil untuk memberi penjelasan tentang gosip kononnya dia sudah mengikat tali pertunangan dengan pengurus peribadinya beberapa bulan lalu.

Hah, tapi berita tersebut telah dinafikan oleh Shahrol sendiri dan menyatakan berita tersebut adalah “palsu”.

Ikut Shahrol dia sekarang ni masih takde sebarang ikatan pun dengan mana-mana gadis sebab terlalu sibuk dengan kerjayanya.


“Gosip kononnya saya sudah bertunang bukan baharu tetapi sudah bertebaran sejak tiga empat bulan yang lalu dan apa yang boleh saya katakan ia tidak benar.

“Tidak ada apa yang ingin saya sorokkan mengenai perkara itu atau cuba mengelak daripada menjawab mengenainya,” katanya.

Tambah Shahrol, cerita ini boleh timbul mungkin kerana ada yang salah faham. Majlis pertunangan yang berlangsung tu, adalah pertunangan adiknya. Tapi disangka sebagai majlisnya.

“Barangkali orang salah sangka kerana mereka ingat saya yang bertunang tetapi sebenarnya adik saya dan itu mungkin menjadi punca kepada gosip berkenaan,” ujarnya.

Bila ditanya pula soal jodoh, Shahrol berkata lelaki mana yang tak mahu berkahwin, padanya mungkin belum sampai masanya lagi. Cuma sekarang dia akan lebih dahulukan kerjaya.

“Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga tetapi soal jodoh ini bukan boleh dipaksa-paksa.

“Apa yang boleh saya katakan saya masih solo dan kini lebih banyak memberi fokus kepada kerjaya sahaja,” jelasnya.

Tersenyum lebar lah gadis-gadis luar sana tu dapat tau yang Shahrol belum bertunang, mesti ada yang nak masuk jarum ni kan? hehe. Apapun, MiG Online doakan Shahrol dipertemukan jodoh yang sesuai dengannya. Moga rezeki makin bertambah yea mudah-mudahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s