Puteri Sulung Che Ta Kini Bergelar Artis?

aaisyah dhia rana

Siapa sangka si kecil Aaisyah Dhia Rana kini sudah menjadi artis di usia mudanya? Excited sungguh MiG Online dengar. Kecik-kecik dah jadi artis dan ada syarikat untuk menguruskan kerjayanya.

Puteri sulung Che Ta dan Zain Saidin ni sangat bertuah kerana sebelum ini Aaisyah telah dilantik menjadi duta MotherCare, dan kini di bawah pengurusan LOL Entertainment. Mungkin lepas ni, Aaisyah pula yang lagi popular dari mommy dan daddy dia tak? Hehe

Untuk pengetahuan, Zain Saidin dan Che Ta juga adalah di bawah pengurusan LOL Entertainment yang dimiliki oleh Dafi. Mesti sebelum ini semua tak tau kan? Jelas Che Ta ;

“Saya senang bersama pengurusan LOL, dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air. Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta”.

aaisyah dhia rana
Siapa yang tak geram kalau tengok si comel Aaisyah tu. Memang tak dinafikan lagi, Aaisyah Dhia Rana memang sesuai menjadi duta syarikat terutamanya untuk barangan berkaitan baby.

MiG Online seronok dengar dan moga lepas ini makin bertambah rezeki Che Ta dan Zain sekeluarga. Apapun, tahniah untuk si comel Aaisyah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s