Sharifah Sakinah Diapit Teman Rapat Di Hari Bahagianya

Alhamdulillah, Sharifah Sakinah dan pasangannya Aliff Adha telah selamat diijab qabul pada pukul 5.56 petang tadi. Majlis yang telah diadakan secara tertutup di Hotel Shangri-La, Putrajaya berlangsung meriah.

Pernikahan Sakinah dan Aliff yang berlangsung telah  disempurnakan, berwalikan ayahandanya sendiri, Syed Abu Bakar.

Selain itu, majlis telah diacarakan oleh kakaknya, Sharifah Shahira. Pernikahan mereka turut diserikan oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan artis seperti Marsha, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Siti Saleha, Sherry Al-Hadad, Nabila Huda, Liza Abdul, Nad Zainal, Tasha Shilla dan pengarah terkenal Michael Ang.

Pengantin perempuan nampak cantik sangat dan menawan dengan busana kurung moden berwarna putih dari pereka fesyen terkemuka Nurith Harith.

Tema Garden Wedding telah menjadi pilihan Sakinah dan pasangan. Kedua-dua mempelai, rakan-rakan dan tetamu yang hadir juga turut sama mengenakan baju berwarna putih sesuai dengan tema. Pernikahan yang sangat cantik dan unik pada pandangan MiG Online.

Sakinah telah menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Dan yang lagi menarik dan MiG Online sangat teruja bila kesemua tujuh dulang tersebut merupakan tujuh pasang kasut berjenama Adidas dengan rekaan yang berbeza. Wow!

Manakala, Sakinah membalas sebanyak sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.

Bila ditanya kepada ratu sehari tentang perasaannya, Sharifah Sakinah melahirkan rasa bersyukur selepas semuanya berjalan lancar dan kini sudah bergelar isteri tambah pula selepas dinikahkan oleh ayahnya sendiri.

Sama cantik, sama padan Kina dan suami. Tahniah MiG Online ucapkan buat Sharifah Sakinah dan suami, Aliff Adha, selamat bergelar suami isteri. Moga rumahtangga yang dibina kekal dan bahagia hingga ke Jannah, InsyaAllah. Yang paling penting cepat-cepat dapat baby ok? hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s