Azwan Kombos dan Iqram Dinzly Berdendam?

Dendam satu perasaan yang lahir dari hati dan ianya akan wujud tanpa diduga. Dengar kata selebriti tempatan kita iaitu Iqram Dinzly dan Azwan Kombos berdendam sesama sendiri?
Yea, memang betul mereka sekarang mula bermusuhan, tapi hanya menerusi drama terbaru “Dendam Semalam“. Drama bersiri 20 episod ini dilakonkan oleh Iqram Dinzly, Adiba Yunus, Azwan Kombos, Nina Iskandar dan ramai lagi.
Drama terbitan MIG yang diarahkan oleh Mohd Azaromi ini mengisahkan Farizal yang terpaksa berpisah dengan ayah dan ibu angkatnya pada usia 10 tahun apabila didakwa sebagai anak Datuk Malik yang hilang ketika bayi. Demi menjamin masa depan anaknya, ayah angkat Farizal telah mengakui perkara itu.
Farizal dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Datuk Malik dan Datin Saerah sehinggalah kemunculan Amirul yang sebaya dengannya. Sejak itu, Datuk Malik dan Datin Saerah mula beralih kasih sayang kepada Amirul. Farizal sedih dan mula berdendam dengan Amirul yang dianggap sebagai perampas kebahagiaannya. Kemarahan Farizal memuncak apabila Datuk Malik mengakui bahawa Amirul ialah anak kandungnya dan bukan Farizal. Akhirnya, Farizal telah lari dari rumah dan tidak pernah kembali.
Setelah dewasa, Farizal memulakan rancangannya untuk menjatuhkan Datuk Malik. Farizal telah berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah walaupun dia sebenarnya menyayangi Linda. Kebijaksanaan Farizal dalam bidang perniagaan berjaya mendapat kepercayaan daripada Datuk Malik kerana Amirul tidak mahu mengambil peduli dengan perniagaan keluarga. Amirul yang pendiam lebih berminat melukis dan sering mengembara ke serata tempat.
Amirul telah lama menyimpan perasaan terhadap Linda yang pernah menuntut di universiti yang sama dengannya. Namun, Linda hanya menganggap Amirul sebagai sahabat baiknya sahaja kerana sejak kecil dia menunggu kepulangan Farizal yang pernah tinggal di rumah anak yatim bersamanya dahulu.
Datin Saerah mencurigai niat Farizal apabila melihat anaknya, Atikah yang sering kemurungan. Oleh itu, Datin Saerah memujuk Amirul untuk belajar selok belok perniagaan Datuk Malik. Farizal telah berkomplot dengan Lily untuk menganiayai Amirul. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Jangan lupa untuk saksikan “Dendam Semalam” esok di Slot Azalea, Isnin- Khamis jam 4 petang. Mampukah perasaan dendam berakhir diantara mereka? Jom usha sikit trailer drama Dendam Semalam yang dah pun bermula 24 Mac lalu ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s