Awal Ashaari Berterima Kasih Kepada Semua Pihak

Pelakon dan pengacara Melodi, Awal Ashaari tengahari tadi telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama rakannya. Pada ketika kejadian berlaku Awal sedang dalam perjalanan untuk mengacarakan program Melodi secara langsung dari Stadium Ayer Keroh, Melaka.

Kereta BMW 6 Series milik Awal Ashaari yang hilang kawalan dan rosak teruk akibat kemalangan itu. Tapi yang terbaru dari akaun Instagram milik Awal Ashaari yang dimuatnaik tadi, Alhamdulillah, Awal tidak mengalami kecederaan yang serius.

Selain daripada itu, Awal sempat memuatnaik status dan gambar dirinya buat peminat, agar semua pihak tidak perlu risau akan dirinya kerana dia bakal dipindahkan dari hospital Melaka ke hospital di Kuala Lumpur malam ini juga.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, terima kasih diatas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yg diberikan oleh Hospital Melaka. InshaAllah saya akan ditukarkan ke Kuala Lumpur malam nanti”.

“Doakan kesihatan saya dan rakan Izuan Mokhtar yang turut sama mengalami kecelakaan ini,” tulis kapsyen di akaun Instagram Awal Ashaari.

Alhamdulillah, syukur semuanya selamat. MiG Online ingin ucapkan salam takziah buat Awal Ashaari dan rakannya, semoga cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala. Untuk semua pengguna jalan raya, sentiasalah perlu beringat. Biar lambat, asal selamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s