Awal Bersyukur Lara Dan Ibu Tidak Ikut Sama

Awal Ashaari semalam telah dikhabarkan kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandu oleh rakannya Izuan Mokhtar ‘total lost’. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.15 pagi itu, kereta BMW 6 Series milik Awal terbabas lalu terhumban berhampiran hentian rehat dan rawat Ayer Keroh Melaka ketika dalam perjalanan ke Jom Heboh Melaka bagi mengacarakan program ‘Melodi’.

Tambah Awal lagi dia bersyukur sangat kerana anak dan ibunya tidak ikut semasa hari kejadian.
“Sehari sebelum bertolak, saya ada ajak ibu untuk ikut sama ke Jom Heboh Melaka, namun dia menolaknya.  Kemudian, saya memberitahu Scha untuk membawa Lara.  Bagaimana pun, Scha tidak membenarkan kerana cuaca yang agak panas sekarang.  Melihatkan apa yang terjadi, saya bersyukur yang Lara dan ibu tidak ikut bersama,” ujar Awal.
Awal yang mengalami kecederaan di bahagian mulut dan belakang dibawa ke Hospital Melaka dan kini dilaporkan stabil. Selepas menjalani rawatan, Awal dibenarkan keluar dari hospital lebih kurang jam 10.15 malam tadi bagi meneruskan rawatan susulan di sebuah hospital swasta di ibu negara.
MiG Online dan semua peminat akan mendoakan  kesembuhan Awal segera  pulih dan akan kembali menghiburkan peminat dunia hiburan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s