Benjy Berdepan Hukuman Gantung, Selepas Kali Keempat Ditangkap?

Kelmarin, pelakon Benjy telah ditahan oleh pihak polis untuk kali yang keempat di Pagoh, Johor. Anak lelaki kepada pelakon terkenal, Allahyarhamah Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi.

Dari hasil siasatan Benjy dipercayai terbabit dengan sindiket dadah dan mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, berdasarkan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu adalah yang biasanya digunakan untuk memproses syabu.

Pihak polis berkenaan turut menyatakan, Benjy sehingga kini masih ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah ini. Selain itu juga, hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes telah disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.
Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”

“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.

Untuk yang kali keempat, MiG Online pasti peminat kehilangan kata-kata untuk diucapkan kepada Benjy. Kita sama-samalah doakan yang terbaik untuk dirinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s