“InsyaAllah Doakan Kami Bersama Sebagai Suami Isteri” – Yatt Hamzah

Yatt Hamzah, sebelum ini telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu.
Harini, Yatt seperti menyedari tindakannya itu adalah sesuatu yang tidak wajar kerana menurutnya masalah rumahtangga yang dihadapi masih boleh diselamatkan.
Yatt berkata lagi, dia amat menyesali tindakan tersebut kerana terburu-buru membuat keputusan selepas pulang dari misi kemanusiaan di Syria pada akhir Februari lalu.“Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumahtangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.
“Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun,” ujarnya.
Namun, pada 12 Mac lalu, pelakon itu dan pasangannya meminta tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka dengan cara baik.

Kata Yatt lagi, dia sangat kagum dengan ketabahan wanita Syria di sana yang berhadapan dengan pelbagai dugaan walaupun, kebanyakan mereka telah kehilangan suami dalam peperangan.

“Tindakan itu membuatkan saya malu dengan diri sendiri yang cepat melatah dengan membawa masalah saya yang tidak seberapa ini ke mahkamah. 

 “Balu-balu wanita di sana terlalu tabah hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di syurga nanti,” katanya.

“Saya sedar hanya dia sahaja lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya. 

“InsyaAllah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri,” katanya.

Alhamdulillah, moga hubungan rumahtangga diantara Yatt Hamzah dan suami akan berkekalan, InsyaAllah. Peliharalah hubungan itu selagi ia mampu untuk dijaga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s